Abang Viva Terima Hadiah Dari Individu tldak dikenali

Selepas bersetuju bagi menerima ha­diah sebuah kereta pacuan empat roda (4×4) daripada seorang usahawan, wira banjir Azwan Omar dilihat menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi pula.

Berdasarkan dua keping foto di Facebook Icity Motoworld Sdn Bhd semalam, Azwan atau popular dipanggil Abang Viva dilihat bergambar bersama motosikal Yamaha XJ6 Diversion itu.

“Terima kasih kepada Abang Viva, buat baik dibalas baik”

Memetik artikel daripada Moto Malaya, pihak Icity Motoworld memaklumkan bahawa motosikal itu dipercayai telah disumbangkan oleh seseorang yang belum diketahui identitinya.

Bagaimanapun, kesahihan berhubung perkara murni itu masih belum dapat dipastikan lagi. Malah, lelaki berusia 30 tahun itu juga tldak berkongsi mengenai ‘hadiah’ tersebut di akaun Facebook miliknya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur dan tumpang gembira dengan rezeki lelaki berasal dari Melaka itu atas jasa disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir sebelum ini.

Rezeki tanpa diduga

Murah rezeki siapa yang memberi

Terbaik! Alhamdulillah

Rezeki jaga anak yatim

Terdahulu, Azwan mencipta fenomena di media sosial selepas tular kisahnya meletakkan bot di atas kereta Viva dan meredah beberapa kawasan banjir di Selangor bagi menyelamatkan nyawa mangsa.

Selepas menjadi perhatian ramai, satu persatu kisah kebaikannya ‘dibongkar’ seperti pernah menjaga dua anak kakaknya yang telah menlnggal dunia meskipun dia sendiri belum berkahwin.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:isu kini

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment