“Kau memang layak” – Abang Viva Viral Terima Anugerah ‘Adiwira Prihatin Mus1bah’

Sejak akhir-akhir ni, nama Abang Viva selalu menjadi topik perbualan di kalangan netizen lagi-lagi di media sosial selepas viral dengan sikap prihatinnya membantu m4ngsa-m4ngsa banj1r yang terjejas.

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Bin Omar difahamkan sehingga kini masih lagi aktif dalam menghulurkan bantuannya kepada mereka yang masih terjej4s akibat banj1r baru-baru ini.

Dek k3sanggupan dan usahanya dalam membantu m4ngsa banj1r, Abang Viva telah dianugerahkan Adiwira Prihatin Musibah dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Detik istimewa itu dikongsikan sendiri oleh Abang Viva menerusi akaun rasmi TikToknya iaitu @abangvivaofficial.

“Allhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua sy telah menerima sijil pnghrgaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH” – Abang Viva

Penerimaan sijil penghargaan itu menerima reaksi yang positif dari netizen di bahagian komen yang rata-rata memuji bahawa sememangnya Abang Viva layak untuk menerima anugerah tersebut kerana jasa baiknya ketika rakyat dilanda mus1bah.

Mula buat akaun TikTok, guna duit live bantu m4ngsa banj1r

Dalam pada itu, Abang Viva membuat keputusan untuk membuka akaun rasmi TikToknya pada Isnin lalu untuk berkongsikan segala pengalamannya ketika membantu m4ngsa banj1r.

Sanggup mengambil cuti kecemasan dan enggan menerima segala tajaan dalam proses menyelamat m4ngsa banj1r, lelaki kelahiran Melaka itu diberikan sijil kepujian Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam 2021 (Adiwira Musibah Banj1r) dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). 

Anugerah itu diberikan atas jasanya menyelamat orang awam sepanjang Monsun Timur Laut.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi APM.

ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH “ABANG VIVA”

“Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed menyampaikan ‘Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya’kepada Azwan bin Omar (Abang Viva) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir di Shah Alam dengan membawa sebuah bot atas bumbung kereta dari Melaka.

“Sijil disampaikan semasa lawatan beliau ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang pada Selasa,” katanya.

 

Warga maya menyatakan rasa terharu melihat penghargaan yang diberikan kepada anak muda itu.

 

– “ Saya men4ngis, memang hati tisu bab-bab begini.”

– “Yang buat saya tabik spring, dia membantu dalam keadaan wang sakunye RM50, makan apa yang ada. Nekad dalam perjuangannya, dengan izin ALLAH.”

– “Anda memang layak bro, nama disebut dalam khutbat.”

– “Alhamdulillah, tahniah. Ya ALLAH, saya seb4k…”

– “Moga terus sukses. Saya yang lihat ini men4ngis. Tumpang gembira sampai menitiskan air mata.”

– “Tahniah Azwan, awak memang layak digelar adiwira.”

Malah rata-rata mahu Abang Viva menjadi salah seorang penyelamat di bawah badan itu.

– “Bagi dia jawatan tetap dan berpencen dalam APM”

– “Tolong bagi jawatan penyelamat APM kepada Abang Viva.”

– “Harap lepas ni Azwan diserap masuk APM.”

Baru-baru ini dilaporkan mengenai anak muda ini yang sanggup datang dari negeri Melaka ke Selangor dengan berbekalkan RM50.

Dia yang tiba dengan menaiki Perodua Viva membawa bot getah untuk membawa keluar m4ngsa banj1r terkandas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Lobakmerah via sinar harian

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment