Video TikTok Papar Adik-Beradik Intan Najuwa Jadi Tumpuan Ramai, “Macam Kembar…”

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon jelita ini, Intan Najuwa dimana dia berjaya menempa nama sebagai salah seorang pelakon muda yang menjadi kegemaran ramai.

Sejak membintangi drama berjudul Kekasih Paksa Rela, Intan Najuwa semakin banyak menerima tawaran sebagai pelakon utama dan nampaknya dia semakin diminati oleh peminat drama tempatan.

Intan Najuwa bagaimanapun turut mendapat perhatian peminat berikutan penampilannya yang sering dilihat penuh style lalu dimuat naik di ruangan Instagram peribadinya dan menerima ribuan tanda suka.

Pun begitu, Intan Najuwa nampaknya menarik perhatian ramai pengguna TikTok apabila videonya bersama adik-beradik membuatkan netizen dapat mengenali ahli keluarganya yang mana Intan Najuwa difahamkan merupakan anak kedua daripada tiga beradik

Dalam video yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok, Intan Najuwa dan adik-beradik dikongsikan tahun berapa mereka dilahirkan dan kedudukan mereka dalam keluarganya dimana Intan Najuwa dilahirkan pada tahun 1997 dan merupakan anak kedua.

Menjenguk pula ke komen-komen peminat, ada juga yang merasakan mereka seolah-olah kembar berikutan wajah Intan Najuwa, adik dan kakaknya yang dilihat terlalu iras.

“Mula-mula Intan Najiha tu, aku ingatkan Intan Najuwa”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:HCL   via VIRAL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment