Keluarga adik perempuan Fazley Yaakob terper4gkap dalam b4njir di Hulu Langat, bomba datang selamatkan naik bot

ADIK kepada penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob iaitu Farah Dilla Yaakob bersama suami dan empat orang anak terk4ndas di rumah akibat b4njir di Hulu Langat, Selangor sekitar 4 pagi, Ahad.

Bagaimanapun menurut Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, kesemua mereka sudah diselamatkan pihak bomba yang memberi bantuan pada petang Ahad.

“Setakat ini Alhamdulilah… keadaan air dalam rumah masih ada tapi sedikit demi sedikit sudah surut walaupun mengambil masa lama.

“Alhamdulillah, belah adik ipar dan keluarga dapat hubungi pihak berkuasa untuk bantuan. Adik saya, suami dia dan empat orang anak mereka sudah diselamatkan.

“Mereka menaiki bot untuk dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Mereka sekeluarga kini berada di rumah mentua adik saya di Bangsar,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu memuat naik keadaan rumah adik perempuannya yang dinaiki air.

Saya ada hubungi bomba di Kajang dan mereka bertanya di mana kawasan adik saya.

FAZLEY YAAKOB

PENYANYI

Penyanyi lagu Asmara Ini memohon agar pihak berkuasa segera menghantar bantuan kepada adiknya sekeluarga yang terper4ngkap di dalam rumah.

Dalam pada itu, Fazley meluahkan rasa syukur atas bantuan daripada pihak bomba Kajang serta orang ramai yang turut menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

“Bantuan yang datang tu amat dihargai. Saya ada hubungi bomba di Kajang dan mereka bertanya di mana kawasan adik saya.

Fazley 1

Bomba datang menyelamatkan adik Fazley sekeluarga.

“Perkongsian saya di IG itu juga membuatkan ramai yang turut membantu mereka yang terper4ngkap di sekitar kawasan itu juga.

“Ikutkan saya nak bergerak ke sana tapi dapat maklumat jalan tak boleh masuk. Saya dapat berkomunikasi dengan pihak berwajib dan rakan berada di sekitar sana,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment