“Berilah dia lagi satu peluang…” Adik Sajat tampil cerita perkara sebenar tentang abang dia

Kuala Lumpur: “Saya juga harap dia sempat diberi satu lagi peluang kerana sepanjang hidupnya, dia adalah seorang yang baik, anak yang patuh dan seorang yang taat.

“Saya minta masyarakat dan sesiapa juga yang mengikuti perkembangan Ajad untuk mendoakan kebaikan untuk dirinya seperti mana kami sekeluarga mendoakan semua.

“Memang ujian ini berat untuk saya dan keluarga, bagaimana perasaan kami ini hanya Allah SWT yang tahu,” kata Nur Mustika Kamaruz Zaman.

Instafamous berusia 33 tahun itu berkata, sebagai adik yang rapat dengan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang lebih dikenali sebagai Nur Sajat, dia hanya mampu mendoakan agar Nur Sajat kuat dan berjaya menempuh ujian hidup.

Katanya, kali terakhir dia bertemu usahawan kosmetik itu Februari lalu sebelum dia menghil4ngkan diri.

“Saya tegur dia mengenai tindakannya yang menimbulkan kontr0versi dan selepas itu saya tak tahu di mana.

“Apapun saya boleh katakan, sebagai manusia, Ajad seorang yang baik, bertanggungjawab dan sangat suka membantu orang.

“Saya sendiri pun tak mampu buat seperti mana dia. Sebab itu saya harap orang ramai tidak hanya menghukum atau melabel dia teruk dan sebagainya, sebaliknya beri dia dorongan dan semoga semua kesilapan sempat diperbetulkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Ditanya mengenai kisah Nur Sajat yang ditahan di Thailand, Mustika berkata, dia hanya tahu melalui laporan Harian Metro, Isnin lalu.

Katanya, dia dan keluarga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan namun mempersoalkan kesahihan perkara itu.

“Sebelum ini bila dia ditahan, ada bukti gambar dan video, jadi mana buktinya?

“Saya juga menerima terlalu banyak pertanyaan mengenai keadaan dia namun saya tidak boleh komen kerana saya tidak tahu.

“Sebagai adik, saya hanya mampu doakan dia. Sama ada dia balik (ke Malaysia) atau tak, saya sendiri tak tahu,” katanya.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan misteri ‘kehil4ngan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Pendedahan eksklusif Harian Metro itu turut mendedahkan bahawa Nur Sajat kini dikenali dengan nama Bella selain memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan pejabat badan itu di Bangkok, Thailand.

Pada 9 September lalu atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun usahawan kosmetik itu dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Dr Abdul Rahman Osman

Mahu bantu, bukan nak seks4 atau menyusahkan

Kuala Lumpur: Pihak berkuasa agama tidak akan menyusahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang mahu dikenali sebagai Nur Sajat, sebaliknya akan membantunya.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, matlamat majlis atau jabatan agama Islam adalah untuk menyelamatkan bukannya untuk menyusahkan.

“Jika Muhammad Sajjad melarikan diri ke luar negara disebabkan takut dengan pihak berkuasa Islam di negara ini, maka tanggapannya salah.

“Bukan bermaksud, apabila didenda semata-mata, itu tujuan utama. Sebab konsep Islam, menghukum bukan untuk membinasakan, sebaliknya tujuan sebenar adalah memberikan keinsafan.

“Tak perlu bimbang (untuk Muhammad Sajjad pulang). Tujuan kita dengan orang Islam bukannya kita hendak menyeksa dia atau menyusahkannya,” katanya.

Menurut beliau, memang Rasulullah SAW menyuruh kita supaya menyelamatkan individu yang memerlukan.

“Kalau dia susah kita bantu. Jika akidahnya tidak betul, kita nasihati supaya kembali ke jalan yang benar dan bertaubat. Itu tugas kita.

“Kalau dia lari dengan sebab itu, mungkin itu silap faham dia kepada pihak berkuasa agama Islam. Kita ada di sini untuk menyelamatkan akidah umat Islam, kesusahan dan sebagainya…yang sepatutnya membantu orang Islam tentulah orang Islam jugalah,” katanya.

Beliau berkata, oleh kerana Muhammad Sajjad sudah pun berada di luar negara, maka pihak kedutaan dan Kementerian Luar perlu mengambil tindakan untuk mempermudahkan urusan membawanya pulang ke tanah air.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, kerajaan perlu menggunakan segala undang-undang yang ada untuk membawa pulang Muhammad Sajjad supaya lelaki itu dapat dibicarakan dengan adil.

“Undang-undang mestilah dikuatkuasakan. Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan sesiapa yang melakukan kesalahan hendaklah diambil tindakan.

“Antara tujuan tindakan undang-undang adalah untuk mencegah jenayah, salah laku, mengingatkan, memberi pengajaran kepada pesalah dan orang lain demi keselamatan, keamanan negara serta rakyat,” katanya.

‘Kenapa kad pelarian UNHCR Nur Sajat boleh siap cepat sangat?’

Ibu Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), di sini, enggan mendedahkan status sebenar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat sama ada berstatus pelarian atau sebaliknya.

Dalam jawapan e-mel kepada Harian Metro, jurucakap UNHCR memaklumkan pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat berkenaan atas alasan perlindungan serta kerahsiaan.

Menurutnya, pihaknya tidak akan memberikan sebarang komen berhubung perincian atau mengesahkan Nur Sajat pemilik kad badan antarabangsa itu.

Bagaimanapun, sumber mendedahkan kad pelarian Nur Sajat bernombor 815-21C0XXXX itu dikeluarkan UNHCR di Bangkok dengan bantuan ibu pejabat mereka di Malaysia.

Sementara itu, sumber berkata, proses pengeluaran kad pelarian berkenaan agak kontroversi disebabkan proses Nur Sajat mendapatkannya dalam masa singkat berbanding pelarian lain.

“Ini pihak UNHCR sahaja boleh ulas. Biasanya proses permohonan kad pelarian memakan masa.

“Dalam k3s Nur Sajat cepat pulak. Ini timbulkan persoalan. Walaupun kita tahu ada negara antarabangsa tertentu membantunya, prosedur operasi standard perlulah dipatuhi.

“Kenapa kes Nur Sajat istimewa?” soalnya.

Sementara itu, Bangkok Post dalam laporannya semalam berkata, polis Thailand enggan mengesahkan Nur Sajat cuba mendapatkan suaka politik di negara itu.

Jurucakap timbalan polis Pol Col Kissana Phathanacharoen memberitahu media bahawa Nur Sajat belum lagi membuat permohonan di sana dan butiran selanjutnya akan didedahkan kemudian.

Susulan laporan Harian Metro sejak Isnin lalu, Pengarah Jabatan Si4satan Jen4yah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataannya mengesahkan Nur Sajat mengemukakan kad pelarian UNHCR ketika ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu ketika serbuan dilakukan di kondominium mewah di Bangkok.

Katanya, pihaknya bersama Kementerian Luar Negeri dan Pejabat Peguam Negara dalam proses membawa pulang Nur Sajat mengikut undang-undang antarabangsa.

Untuk rekod, UNHCR di Malaysia pernah dilanda kontroversi apabila pada Mac 2016, akhbar The New Straits Times (NST) mendedahkan bahawa begitu mudah untuk mendapatkan kad pelarian UNHCR hasil bantuan sindiket dengan caj hanya RM120 sahaja.

Pendedahan NST itu juga menyatakan bahawa sindiket menawarkan kad itu yang pada dasarnya memberi imuniti kepada pendatang asing tanpa izin di negara ini daripada dikenakan tindakan pihak berkuasa.

Mengulas isu berkaitan kad pelarian pada Jun lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau berpendirian kad dokumen identifikasi untuk pelarian seharusnya dikeluarkan agensi di dalam negara dan bukannya pertubuhan luar.

Memetik laporan berkenaan, Hamzah berkata, berdasarkan data yang diperoleh, terdapat lebih 120,000 kad UNHCR dikeluarkan untuk pelarian di negara ini.

“Cuba kita fikir semula, ada kad identifikasi yang dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan lebih tinggi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Kita ada kad pengenalan yang dikeluarkan oleh JPN, jika seseorang itu berstatus penduduk tetap (PR), kadnya berbeza. Jika seseorang itu bekerja, kita berikan permit atau kad pekerja.

“Pelarian yang berada di negara ini sepatutnya berada untuk sementara waktu sahaja namun apa yang kita lihat hari ini, mereka sudah menetap berpuluh-puluh tahun,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :  http://trendingsangat.pw

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment