Ahya Rosli men1tis air mata tengok isteri mener4n l4hirkan anak, teruja dapat pot0ng tali pusat bayi

PELAKON dan model Ahya Rosli berkongsi berita gembira apabila isterinya iaitu Shahirah Sanusi selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Menurut Ahya atau nama sebenar Ahya Ulumuddin Rosli, 34, bayi lelaki seberat 3.33 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu negara pada pukul 5.05 petang, Selasa.

“Alhamdulillah selepas dua tahun akhirnya kami dikurniakan cahaya mata… sepatutnya baby lahir awal Januari depan tapi dia nak keluar awal pula.

“Isteri masuk bilik bers4lin selepas Zohor, tanpa sebarang bius atau bantuan ubatan dia berjaya melahirkan anak kami secara normal.

“Isteri saya memang kuat. Alhamdulillah kedua-duanya berada dalam keadaan baik dan sihat. Bayi sempurna sifatnya, wajah pun sama macam saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Ahya merupakan anak kepada Normah Damanhuri dan adik kepada usahawan sensasi, Kak KM.

Berkongsi pengalaman pertama menyaksikan isteri melalui proses bersalin, Ahya berkata ia satu momen yang tidak mungkin dilupakan dalam hidup.

Memang kasihan sangat tengok isteri berpeluh-peluh walaupun dalam bilik bers4lin itu sejuk!

AHYA ROSLI

PELAKON

“Pengalaman paling menyentuh hati saya apabila melihat isteri meneran nak bersalin… semasa itu saya berada di sebelah dia, saya selawat di tepi telinga dia sambil kipaskan dia sampai keluar air mata melihat kesukaran itu.

“Memang kasihan sangat tengok isteri berpeluh-peluh walaupun dalam bilik bers4lin itu sejuk. Mungkin sebab dia terlalu pen4t kerana menahan kes4kitan.

Ahya berkahwin dengan Shahirah pada Mac 2019.

“Saya diberi peluang memotong tali pusat bayi… memang t4kut sangat masa itu tapi Alhamdulillah semuanya selesai dengan begitu baik. Saya juga dapat azankan bayi, masa pegang baby itu memang rasa happy sangat.

“Selepas tujuh hari InsyaAllah kita rancang nak buat sedikit kenduri aqiqah dan cvkur jambul untuk anak kami ini,” ujarnya.

Ahya yang juga merupakan anak kepada dram4tis terkenal Normah Damanhuri ini berkahwin dengan Shahirah di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur pada 29 Mac 2019.

Sebelum ini, kakak kepada Ahya iaitu Liana Rosli atau Kak KM selamat melahirkan bayi keempat pada 23 Disember lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment