Shebby Singh MeningglDunla Ketika Berbasikal. Aidil Zafuan Cerita Keadaan Shebby Sebelum Kejadian

Kapten Harimau Malaya Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sempat berselisih dengan men.diang Shebby Singh ketika beliau baru keluar berbasikal petang tadi, mengakui mend1ang kelihatan penat.

Kata Aidil Zafuan yang juga pemain pertahanan skuad kebangsaan, mendiang sememangnya seorang yang aktif berbasikal dan pemergiannya itu pasti akan dirasai dalam keluarga bola sepak tanah air.

“Saya menerima berita pemergian men.diang lebih kurang jam 8 malam tadi… agak terkejut juga kerana petang tadi dalam lebih kurang jam 5.15 petang, saya sempat berselisih dengan men.diang.

“Ketika itu, mend1ang baru sahaja mula berbasikal. Saya sempat mengangkat tangan kepada dia, jadi dia pun sempat mengangkat tangan semula dan keadaan dia pun memang nampak penatlah.

“Saya rasa ketika itu dia baru mula nak berbasikal kerana rumah saya dan rumah mend1ang berhampiran. Namun ketika itu, cuaca agak panas.

“Pada awalnya saya terfikir siapa yang sedang berbasikal dalam keadaan panas ini, apabila sudah dekat baru saya perasan rupanya mend1ang,” ujar Aidil Zafuan ketika ditemu bual Astro AWANI pada Rabu.

Kata Aidil, mend1ang sering kali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana beliau memang aktif bersukan.

“Men.diang memang seorang yang aktif berbasikal, dalam kumpulan WhatsApp berbasikal, mend1ang memang aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

“Semua sangat terkejut sebaik menerima khabar pemergian men.diang. Dengan pemergian men.diang, sudah tentu kita kehilangan bekas pemain yang begitu boleh dipanggil sebagai legenda, satu kehilangan besar buat keluarga bola sepak.

“Men.diang seorang yang sering memberi kriti.kan membina, banyak kritikan men.diang yang boleh diambil untuk memajukan arena bola sepak, itu yang saya saya rasa… pemergiannya amat dirasai,” katanya lagi.

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby mening.gal dunia dipercayai selepas terja.tuh ketika berbasikal di kawasan Ledang, Johor, petang tadi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment