“Seb4k pula tengok” – Lepas 3 Tahun Buang Tum0r , Adik Ainul Mardhiah Bertemu Semula Dr Amalina.

DR Amalina Che Bakri dan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dua nama ini cukup ‘familiar’ dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menyoroti kisah Ainul bermula daripada pender1taan peny4kit yang dialaminya, sehinggalah pembed4han membuang tum0r seberat 200 gram di mulut yang berjaya dilakukan oleh sepasukan doktor bedah termasuk Dr Amalina di London, benar-benar membuatkan masyarakat tersentuh.

Ternyata hubungan antara Ainul dengan Dr Amalina tidak terhenti setakat itu sahaja.

Selepas tiga tahun ‘berplsah’, kanak-kanak yang pernah mender1ta k4nser ‘germ cell tum0r’ di bahagian mulut Ainul Mardhiah kembali bertemu dengan pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri.

Ainul yang kini hampir mencecah usia empat tahun itu kelihatan gembira dapat berjalan-jalan dan meluangkan masa dengan Dr Amalina di sekitar Pavilion, Kuala Lumpur.

Telatah Ainul yang ceria di samping Dr Amalina, dikongsikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi di Instagram.

Ainul Mardhiah dengan Dr Amalina!

“After (selepas) tiga tahun dan sampai bila-bila, semoga ikatan ini akan berkekalan.

“Mama doakan semoga Ainul jadi pandai dan cerdik macam Dr Amalina. Boleh duduk London nanti,” tulis Nurul Erwani menerusi hantaran di Instagram Story pada Sabtu.

Sementara itu, Dr Amalina juga membuat hantaran mengenai pertemuan bersama keluarga Ainul di laman Instagram miliknya.

“Lovely to see Ainul, @_nrlerwani (Nurul Erwani) and @ahmadsafiuddin (Ahmad Safiuddin) again. Alhamdulillah Ainul is healthy and a happy little toddler (Gembira bertemu Ainul, @_nrlerwani (Nurul Erwani) dan @ahmadsafiuddin (Ahmad Safiuddin) lagi. Alhamdulillah Ainul sihat dan anak kecil yang ceria),” tulisnya.

Dr Amalina yang turut berkhidmat di UK menjadi antara orang terpenting dalam kisah kehidupan Ainul kerana bertungkus lumus menguruskan dan menjayakan pembed4han berkenaan.

Posting tersebut menerima lebih 12,000 tanda suka selain ratusan komen netizen yang gembira melihat pertemuan itu apatah lagi Ainul dilihat semakin membesar dengan sihat.

Sebak pula tengok!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : OMM / mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment