Tak M4lu Ke,Tahu La Baru Kahwin” Aksi Mesra Kamal Adli Dan Uqasha Jadi Bualan

Buat peminat drama tempatan, pasti kisah berjudul Setelah Terlafaznya Akad menjadi antara yang begitu disukai oleh anda apabila selain jalan cerita yang menarik, lakonan antara pelakon, Kamal Adli sebagai Hanan dan Uqasha Senrose pula memegang watak Nawal menyebabkan drama ini mendapat sambutan

Tambahan pula, keserasian Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang berjaya memegang watak masing-masing itu mengundang drama terbabit juga trending di media sosial.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh KamalxUqasha (@kamalxuqashafanclub)

Malah drama Setelah Terlafaznya Akad juga hangat diperkatakan ramai peminat apabila ditayangkan sekitar tahun 2019. Walau bagaimanapun, terbaharu difahamkan bahawa kedua-dua pelakon terbabit bergandingan lagi dalam Setelah Terlafaznya Akad musim kedua.

Rasanya makin istimewa drama tersebut, ini kerana di musim pertama mereka digosipkan oleh peminat disebabkan keserasian mereka namun siapa sangka, mereka telah sah bergelar suami dan isteri pada tahun lalu.

Jadi melihatkan pula satu perkongsian yang memaparkan gelagat mereka di set penggambaran Setelah Terlafaznya Akad musim kedua, tentu sahaja peminat begitu gembira dan teruja

VIDEO:

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh KamalxUqasha (@kamalxuqashafanclub)

Perkongsian di akaun Instagram bernama KamalxUqashafanclub itu bagaimanapun membuatkan peminat pasangan sama cantik, sama padan itu turut terhibur melihatkan kecomelan mereka yang sempat diusik lalu dirakam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment