“Kau Tunggu Surat Sam4n Aku” Diva AA

Pengacara sensasi Azwan Hj Ali atau Diva AA meminta pihak Awesome TV untuk membersihkan namanya yang kini menjadi sebutan ramai selepas digugurkan sebagai hos MIC ON! musim kedua pada Selasa.

Diva AA Terkil4n

 

Diva AA ketika dihubungi Murai.my berkata, dia akui keperibadiannya bersifat tegas kerana ia merupakan sebahagian identiti diri namun tidak menyangka akan menerima layanan kurang ajar daripada stesen televisyen tersebut.

“Bila kau ditegur jadilah bangsa yang boleh ditegur untuk kebaikan dan semua masaIah boleh dibawa berbincang. Memang cara saya menegur terlalu keras tetapi ini adalah cara saya dan saya pun sudah bertahan 33 tahun dalam industri” katanya

Menurut Diva AA, masaIah yang terjadi lebih bersifat peribadi selain akui tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana mempunyai bukti yang berkaitan.

“Tolong bersihkan nama saya dalam hantaran kepada media yang telah membvrukkan saya atau mereka(Awesome TV) akan mendapat sesuatu. Saya cabar datuk itu untuk tampil bersemuka dengan saya dan beritahu apa masaIah dia. Ini masaIah peribadi jadi jangan nak bvruk-bvrukkan saya,buruk padahnya

“Kalau saya dikatakan seorang individu yang tak berdisiplin dan mencetuskan ketidakharmonian, saya ada semua bukti yang pihak sana kur4ng ajar, cara kerja yang kurang bijak dan bila saya tegur mereka enggan mengaku. Saya boleh senaraikan 100 tingkahlaku kurang ajar mereka terhadap saya dan bila-bila masa sahaja saya boleh buat.

“Saya dah lama tinggalkan set Awesome TV jadi tak perlu mereka nak singkirkan saya dan saya pun dah tak kuasa nak buat program mereka kerana sikap biadap serta kurang bijak mereka ketika saya di set penggambaran.

“Mereka ini tidak boleh ditegur kerana nanti mengamuk dan paling dikesali pekerja-pekerja mereka hubungi saya dengan nada yang kasar. Hello berapa kau bayar aku untuk maki aku? Siapa kau? cakap elok-elok boleh tak sebab benda boleh dibawa bincang. Tak perlu nak tengking saya sebab saya bukan budak sekolah, pengalaman pun sudah lama dalam bidang ini” tegas Diva AA

Serik Bekerjasama

Jelas pengacara berusia 56 tahun ini, dia mahu orang ramai jadikan isu tersebut sebagai satu pengajaran. Malah, Diva AA turut berkata sudah serik untuk bekerjasama dengan Awesome TV dan mahu mereka lunaskan bayarannya yang tertunggak dalam tempoh yang diberikan.

“Satu pengajaran kepada semua, untuk makluman TV3 bayar saya tiga kali ganda jadi jangan kau ingat bayaran kau itu besar sangat sampai tak boleh ditegur, pergunakan dan busukkan aku. Kau tunggu surat peguam nanti sampai.

“Dengan tindakan mereka itu, besar hama saya tak hairan dan pandang pun kerana saya percaya dengan rezeki. Hari ini pun saya ada penggambaran dengan Astro. Saya di pihak yang benar dan kifarah akan menyusul. Jangan sesekali menganayai anak yatim piatu seperti saya, buruk padahnya!

“Saya berjanji hidup mati saya no more Awesome TV selagi masih ada pengurusan itu. Sudahlah bayar ciput, liat no more Awesome TV in the rest of my life.

“Kalau tak bayar dalam masa tertentu, ia akan jadi kes polis” katanya lagi

Terharu Dengan Sokongan Rakan Selebriti

Di kesempatan itu, Diva AA turut mendedahkan sejak tularnya berita tersebut dia menerima banyak panggilan telefon daripada penggiat industri yang terkejut serta memberi sokongan kepadanya.

“Saya semalam tak boleh tidur selalunya saya tidur awal tetapi ramai yang menghubungi saya terkejut dan kecewa dengan khabar berita tersebut.

“Saya dapat sokongan ramai daripada selebriti terkenal antaranya Datuk Rosyam Nor,Datuk DJ Dave, Fauziah Nawi, Mas Idayu dan stesen radio Hot FM. Mereka memberi saya semangat untuk teruskan kehadapan dan itulah yang saya lakukan.

“orang diluar sana mereka keliru dengan apa yang terjadi dengan kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan saman. Kau tunggu surat saman aku . just wait and see sebab kau dah burukkan aku tanpa penjelasan yang betul mengenai kenapa saya disingkirkan, saya ada semua bukti kenapa saya disingkirkan. bersyukurlah aku tak dedahkan aib busuk korang jangan sampai aku dedahkan segalanya

“Saya tak takut saya hanya menantikan masa yang sesuai untuk dedahkan. To billion great followers tolong tutup tv malam jumaat nanti jangan tengok dah dan dialu-alukan untuk tengok stesen Televisyen” kata Diva AA

Pada petang Selasa, industri hiburan dikejutkan dengan pengumuman Awesome TV mengugurkan Diva AA sebagai hos program terbitan mereka, Mic On! berkuatkuasa serta merta. Pihak Awesome TV menjelaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang perihal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terlibat dengan program-program terbitan mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : murai.my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendi

 

Leave a Comment