“Tanpa AIIah, saya bukan siapa-siapa ” – Aliff Aziz kini lebih matang

PETALING JAYA – Populariti kembali memuncak selepas menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), namun situasi tersebut bukanlah tiket untuk penyanyi Aliff Aziz hanyut dalam lautan pujian.

Memberi peringatan terhadap diri sendiri agar tldak terleka dengan duniawi, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 30, memberitahu dia tidak akan berada di posisinya ketika ini tanpa rahmat daripada Tuhan.

“Tanpa henti menitipkan peringatan untuk diri sendiri. Tanpa Allah SWT, saya bukan siapa-siapa. LailahaillAllah,” katanya ringkas dalam satu entri Instagram hari ini.

Sejak minggu lalu, Aliff kembali menjadi perhatian ramai selepas mendapat markah tertinggu untuk dua persembahannya pada minggu pertama dan kedua pada konsert mingguan GV8 yang bermula sejak 21 November lalu.

Aliff juga antara nama yang disebut-sebut sebagai peserta yang bakal berjaya mendapat tempat ke konsert final GV8 sekiranya momentum persembahannya terus meningkat.

Terdahulu, sekitar Ogos lalu, suami kepada pelakon, Bella Astillah itu turut menyertai aktiviti tabligh dengan tujuan mendalami agama sekali gus mendekatkan diri dengan Tuhan.

Terdahulu, nama Aliff kerap terpalit dengan pelbagai isu panas iaitu siri kecrangan, video lucah dan perbuatan mencvri.

Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 bersama pelakon Bella Astillah dan dikurniakan dua orang anak, Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna, setahun.

Sumber : K ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :  https://transformasi.pw/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment