“Moga Kita Dapat Bekerjasama Lagi Selepas Ini,” – Biar GV8 Belum Tamat Lagi, Aliff Aziz Sudah Dapat Tawaran Lakonan

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mengakui dia ada menerima beberapa tawaran lakonan selepas lama tidak muncul di kaca televisyen dengan nakshah terbaru.

Namun menurut Aliff, dia memilih untuk tidak mengambil sebarang pelawaan tersebut buat masa sekarang bagi memberi fokus kepada Gegar Vagaza musim kelapan (GV8) yang kini sudah memasuki peringkat suku akhir.

 

“Alhamdulillah saya adalah terima beberapa tawaran daripada pihak produksi. Namun saya beritahu mereka dengan cara baik, perlu fokus dengan GV terlebih dulu.

“Bukan apa, kadang-kadang kalau kita nak buat satu benda pada satu masa, bimbang badan jadi terlalu letih. Nanti akan timbulkan masalah. Tapi mereka menghormati apa saja tumpuan saya pada masa ini. Insya-Allah selepas ini saya akan kembali,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai penerimaan positif daripada penggiat seni yang masih percaya dengan bakatnya dalam dunia nyanyian dan lakonan, suami kepada pelakon Bella Astillah ini terharu dan bersyukur.

 

“Meski GV ini konsertnya pada Ahad, tapi komitmennya agak besar bagi semua yang bertanding. Bagi saya kalau mahu buat persembahan yang baik ia memerlukan persediaan.

“Tapi syukur, terima kasih kepada rakan-rakan dalam dunia lakonan kerana masih lagi ingatkan saya. Moga kita dapat bekerjasama lagi selepas ini.

 

“Saya rasa sangat terharu sebab bila sekali diimbas mengenai kehidupan saya beberapa tahun lalu, Allah berikan ujian di sebalik kelemahan di mana saya lalui fasa mencabar.

“Jadi bila diberikan peluang untuk kembali buat persembahan atas pentas besar seterusnya dapat tawaran lakonan, saya tiada kata-kata. Sangat bersyukur dan gembira. Ini berkat doa yang baik-baik daripada semua juga, insyaAllah,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: MH   via trending giler

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment