Aliff Syukri p0sitif C0vid tahap 3, “Mohon maaf takut umur tak panjang”

SELEPAS pulang bercuti dari Turki, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia dijangkiti Covid-19.

Menurut Aliff, 34, doktor mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 tahap tiga yang memberi kesan kepada sistem pernafasannya.

“Saya ditahan di wad untuk rawatan. Doakan cepat sembuh kerana saya dijangkiti Covid-19 stage 3 melibatkan paru-paru saya.

“Kepada semua sahabat atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak.

“Maaf sekiranya pernah berkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja atau tidak.

Perkongsian Aliff di Instagram.

“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah SWT. Rasa lega dah mohon maaf dekat semua, takut umur tak panjang,” katanya.

Aliff berkongsi mengenai keadaan kesihatannya itu menerusi laman Instagram pada Rabu.

Doakan saya kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allah bersama saya dan keluarga saya

Aliff dan keluarga terbang ke Turki untuk bercuti pada 15 Disember lalu dan sudah pulang ke Malaysia sejak beberapa lalu.

Menerusi semakan di Instagram, isterinya Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid bersama anak-anak dilihat menjalani kuarantin di rumah.

Namun tidak dapat dipastikan tahap kesihatan mereka.

Aliff dan keluarga bercuti ke Turki.

Sebelum ini, penyanyi lagu Cuba ini memberitahu dia kurang sihat dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Meskipun diasak dengan pertanyaan mengenai penyakitnya itu, Aliff enggan berkongsi kerana bimbang dituduh sengaja mencari kontroversi.

“Saya sakit apa, kalau saya beritahu nanti orang kata saya buat kontroversi. Kalau saya tak beritahu orang tertanya-tanya. Saya keliru awak.

“Doakan saya kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allah bersama saya dan keluarga saya,” tulisnya di ruangan Instastory.

Aliff Syukri Rasa Pelik Dihentam Netizen Kerana Bercuti Di Turki

PETALING JAYA – Hairan dengan sikap segelintir netizen yang gemar mencari kesalahannya gara-gara berkongsi gambar percutian di luar negara, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil meluahkan perasaan.

Aliff, 34, pelik mengapa dia dijadikan sasaran oleh netizen yang tidak berpuas hati dengannya disebabkan kini sedang menikmati percutian di Turki ketika negara dilanda banjir besar.

Sedangkan jawab Aliff, percutiannya bersama keluarga sudah dirancang enam bulan lebih awal sebelum negara dilanda bencana banjir.

Malah katanya, sama seperti orang lain, dia juga diduga dengan musibah tersebut sehingga mengalami kerugian kerana resort miliknya di Janda Baik, Pahang musnah dibawa arus deras banjir.

“Kenapa saya sering dikecam? Dugaan saya bercuti. Ramai yang tak puas hati dan mengutuk saya satu Malaysia gara-gara percutian di luar negara yang dirancang enam bulan awal sebelum bencana banjir di Malaysia.

“Kalian tahu tak? Bisnes saya juga terjejas. Resort saya rugi ratusan ribu. Saya tak nak kongsi apa yang saya buat dan bantu. Nanti kalian cakap riak dan menunjuk,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, usahawan itu memuat naik sebuah video memaparkan beberapa kakitangannya membeli dan menyediakan barangan keperluan untuk disalurkan kepada penerima.

Pun begitu, Aliff berkata, meskipun dirinya berada di luar negara, dia tetap terlibat dengan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir melalui wakil pekerjanya.

“Saya pelik kenapa saya dikecam dan dihina. Seolah-olah saya ini langsung tidak ada menolong rakyat Malaysia. Sebenarnya saya dah banyak bantu orang, tapi tak kongsi dalam media sosial.

“Hari ini saya nak kongsi, walaupun saya kini berada di luar negara, tapi saya tetap bantu mangsa banjir. Jadi, tolonglah hentikan menghina saya. Saya dah tua, taknak kontroversi murahan. Doakan apa yang saya lakukan ini boleh membantu anda,” ujarnya lagi.

Beberapa hari lalu, Aliff dikecam netizen kerana berkongsi gambar percutian di luar negara sekali gus menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak.

Netizen mendakwa, usahawan itu tidak menjaga sensitiviti ramai terutama mangsa banjir yang berdepan dugaan besar apabila terlibat dalam banjir yang menenggelamkan kediaman mereka selain kehilang harta benda dan lebih menyedihkan, ada yang terkorban nyawa. – Kosmo

sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment