Bertahun Kahwin, Akhirnya Ally Iskandar Memuatnaik Foto Isteri Dan Anak

Umum diketahui Ally Iskandar merupakan seorang pengacara dan penerbit televisyen Malaysia dan merupakan salah seorang personaliti stesen TV swasta terkemuka negara, TV3 dan pengacara rancangan bual bicara pagi Malaysia Hari Ini.

Nurfarahin Romli atau lebih dikenali dengan Farah Lee, bukan seorang selebriti yang mencipta nama di persada seni tanah air. Namun, perkahwinannya bersama bekas suami yang merupakan personaliti TV lelaki, Ally Iskandar suatu ketika dahulu turut membuatkan dirinya dikenali khalayak ramai.

Hampir tiga tahun menduda, pelakon tersebut telah mendirikan rumahtangga bersama gadis Temerloh.

Menerusi hantaran diruangan ig, selepas sekian lama mendirikan rumahtangga akhirnya Ally Iskandar telah memuatnaik gambar isteri dan anaknya.

Ramai yang tidak menyangka, rupanya pasangan itu telah mendapat cahaya mata setelah sekian lama tidak menonjolkan diri.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh ALLY ISKANDAR (@allyiskandarrasmi)

Terdahulu, Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee akui tidak pernah menyesal berkahwin sebelum ini walaupun perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama.

Farah memberitahu Ally seorang bapa yang baik dan bertangungjawab kepada anak mereka, Maream Esabell sehingga kini.

Malah Farah gembira hubungan mereka masih baik walaupun sudah berpisah kerana lebih selesa berkawan.

Q: Pernah tak menyesal kahwin dengan daddy Maream.? A: Gila menyesal.? Sampai la ni daddy belanja omma kasut. Omma doakan daddy kawen dengan #ommabaru yang tak kesah daddy belanja omma AJ sampai ke tua.. Kalau dia kesah, omma doakan daddy tak kawen2. Hahahahahaha

“Gurau je okay daddy.? Hehe.. Maream untung ada daddy yang was and still very responsible towards omma and Maream.. Daddy velanja omma AJ Concord upah jaga Maream katanya. Semoga selalulah dapat upah. Paling kurang sampai Maream umur 18 okay @allyiskandarrasmi.?

“Anyway, tak perlulah doakan omma dan daddy berbaik balik. Guess we’re better friends like this. Macam korang, takkan korang kawen dengan semua kawan lelaki yang korang ada khennn.? Mentang2 baik Muahahaha.. Begitulah. Harap fahamlah. Kalau nak doa jugak, doalah dalam hati, bukan dalam komen di bawah ini kbai ,” tulisnya.

Rata-rata mendoakan agar Farah dipertemukan jodoh segera supaya Maream menerima kasih sayang seorang ayah.

Hasil pernikahan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Maream Esabel. Ally dan Farah bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.

Sumber:IG Farah Lee

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:Teh Tarik kaw

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment