Almy Nadia Dedah Keadaan Terkini Anak Keempat Dan Nama Nur Afrina Aisyah Jadi Pilihan

BARU-baru ini, pelakon Datin Almy Nadia berkongsi keadaan terkini cahaya mata keempatnya, Nur Afrina Aisyah yang telah selamat dilahirkan pada 8 Disember lalu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Menurut perkongsian Almy di Instagram, dia meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya yang bakal memasuki usia dua bulan itu menunjukkan perkembangan yang baik.

“Nur Afrina Aisyah nama diberi, puteri nombor keempat. Lahirnya 37 minggu seberat 2.7 kilogram.

“Syukur alhamdulilah, sihat cukup sifat. Syukur sangat-sangat, alhamdulilah. Cukup satu bulan berat sudah empat kilogram. Bulan ini, 8 Februari cukup usia dua bulan, kita tunggu berat dia,” katanya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh FizzAlmy (@almynadiaofficial)

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Sementara itu, tinjauan URTV ke ruangan komen mendapati, rakan artis serta netizen terpesona dengan kecomelan yang dimiliki Aisyah dan mendoakan urusan keluarga pelakon itu dipermudahkan.

“Assalamualaikum adik, tembam betul ya kamu. Semoga membersar jadi anak yang solehah, aamiin,” doa @Tashamanshahar.

“Alaa comel betul, pipi pau tu menggoda sungguh,” kata @Nurulhazlin.

“Tembamnya Allahu, gigit sedap ni,” uhar @Hanisdianofficial.

Untuk info, Almy mendirikan rumah tangga bersama pelakon Datuk Fizz Fairuz pada 26 April 2014.

Hasil perkahwinan, mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata perempuan lain iaitu, Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, dan Nur Afrina Ayra, 2, serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: utusantv

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment