Wanita Ini Buka Cerita Sebenar ‘Belanja’Rm15K Ambil Anak Angkat

Mengambil anak angkat ini bukanlah satu keputusan yang boleh dibuat sambil lewa dan dianggap mudah.

Seperti ibu bapa kandung, mereka yang mengambil anak angkat juga perlu membesarkan anak tersebut dengan kasih sayang seperti menjaga zuriat sendiri.

Perkongsian seorang wanita di TlkTok tular selepas dia mendedahkan tentang kos keseluruhan yang dibelanjakan dalam proses untuk mengambil anak angkat.

Menerusi video dimuat naik, Puan Wawa Idris menjawab persoalan netlzen tentang prosedur dan kos yang perlu dikeluarkan.

Katanya, kos diperlukan terbahagi kepada dua iaitu untuk melahirkan anak tersebut dan juga ‘saguhati’ kepada ibu kandung bayi berkenaan.

Menurutnya lagi, kos itu juga berbeza bagi setiap orang kerana ia bergantung kepada hospital tempat bersalin serta berapa ‘saguhati’ yang diminta.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Puan Wawa berkata ‘saguhati’ daripada pihak keluarga angkat adalah sekitar RM500 hingga RM5000.

“Bergantung kepada ibu (kandung) tersebut. boleh nego.”

Kata Puan Wawa, kos ditanggungnya mencecah hampir RM15,000 kerana kos bersalin lebih tinggi disebabkan ibu kandung bayi tersebut melahirkan di hospital swasta dan menjalani prosedur pembed4han.

Perkongsian Puan Wawa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netlzen di mana rata-ratanya dilihat seperti turut berminat dan merancang untuk mengambil anak angkat.

Ada yang meluahkan rasa rlsau kerana prosedur yang agak sukar selain takvt tercetus permasalahan kedua-dua pihak keluarga di masa akan datang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : beautifulnara   via isu viral

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment