“Kembali ke titik asal.Budak ini (Ameena) ‘high maintenance.”- Shakilla Khoriri Mula Bersuara Akan Menjaga Ameena Sofia Sepenuhnya

Pelakon, Shakilla Khoriri mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai selepas dia dan suami, Fizi Ali disahkan bercer4i pada Rabu lalu.

Shakilla berkata, amanah besar yang dikurniakan Allah kepadanya iaitu anak mereka, Ameena Sofia akan dijaga sebaik mungkin.

“Terima kasih semua atas doa kalian. Kembali ke titik asal. Tapi, kali ini, Allah bagi amanah besar untuk saya jaga.

“Semoga Allah pinjamkan sedikit kekuatan untuk saya sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki,” katanya.

Shakilla menerusi hantaran di Instagram turut berkongsi keterangan ringkas yang nadanya agak mencvit hati mengenai Ameena dan perancangan kewangannya sebagai ibu.

“Budak ini (Ameena) ‘high maintenance. Bukan permintaan dia, tapi mak dia. 70 peratus gaji untuk dia saja,” tulisnya yang disertakan dengan emoji ketawa.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Hantaran itu turut diiringi dengan gabungan video kenangan antara dia dengan Ameena yang kini berusia dua tahun.

Penuh em0si, ruangan komen dihujani dengan komen-komen positif serta kata-kata semangat daripada rakan-rakan artis serta peminatnya.

Terdahulu Fizi mengejvtkan ramai apabila mended4hkan sudah bercer4i dan memilih untuk membawa haluan berbeza.

Fizi menjelaskan biarpun sudah hidup berasingan, dia dan Shakilla bersepakat untuk membesarkan anak mereka, Ameena dengan penuh kasih sayang.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: HM

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment