“Dia Tengok Dulu Clear Ke Tak..” -Cubaan Anak Farah Nabilah Ambil Hiasan Kek Senyap2 Beberapa Kali Buat Ramai ‘Ger4m’

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita ini, Farah Nabilah yang mana dia kini semakin bahagia disisi suami dan cahaya mata pertamanya.

Meskipun jarang dilihat melalui kaca televisyen selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu, Farah Nabilah tetap membuatkan peminat dapat menarik nafas lega kerana dia tetap aktif di ruangan Instagram peribadinya yang telah diikuti 1.9 juta pengguna lain.

Selain berkongsikan tentang pekerjaan, Farah Nabilah menjadikan platform tersebut juga untuk berkongsikan momen manis dan bahagia dia bersama anak lelakinya yang diberi nama Andre Omar.

Nampaknya putera kesayangan pelakon jelita ini semakin membesar lalu membuatkan peminat anak selebriti turut sama ternanti-nantikan perkembangannya yang sangat comel.

Pun begitu, satu hantaran video Farah Nabilah ini pula mengundang orang ramai tidak dapat menahan ketawa mereka kerana telatah bijak Andre Omar yang mencuit hati ini sehingga rakaman yang dikongsikan ini menerima ribuan tanda suka.

Lalu menjengah pula ke ruangan komen selepas video comel anak selebriti ini yang di memuat naik melalui Instagram peribadi Farah Nabilah, ternyata ratusan komen ramai yang turut sama berseloroh terhadap kecomelan Andre Omar itu.

“Hahaha so cute. Mata dia duk tengok je…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment