”Betul La Tekaan Netlzen Hari Tu”- Anak Shuib Rapat Dengan Wan Sharmila

SELEPAS nama dipetik kononnya merupakan wanita yang memeluk anak perempuan Shuib dalam rakaman video baru-baru ini, akhirnya pelakon Wan Sharmila mengadakan pertemuan dengan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, Dzahira Talita Zahrah dilihat bertemu dengan Wan Sharmila di sebuah pusat membeli belah.

“Seharian dengan Aunty Lala (Wan Sharmila) Thank you for today! Dekta (Talita) happy sangat!

“Pergi makan-makan, Aunty Lala belikan buku, Dekta pula bagi hadiah loveta. Terima kasih luangkan masa dengan Dekta. Jumpa lagi” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Rakaman video itu menerima lebih 50,000 tanda suka dan hampir 1,000 komen daripada pengikut.

Rata-ratanya mengakui turut sebak menonton pertemuan Talita dengan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini.

Malah ada yang berpendapat wajah Talita atau lebih mesra dengan nama Dekta itu seiras dengan aktres berkenaan.

“Kenapa aku tengok video ni berlinang air mata. Baik dan cantik sangat Wan Sharmila.

“Nampak serasi. Muka mereka ada persamaan tapi jodoh pertemuan itu di tangan Allah.

“Manjanya Dekta dengan Aunty Lala. Bolehlah lepas ni jadikan tempat bermanja,” komen netizen.

Pada Khamis lalu, Wan Sharmila menaflkan dia merupakan individu dalam video yang dilihat memeluk Talita.

Sebelum ini, nama Wan Sharmila disebut sebagai wanita dalam video anak perempuan Shuib dan arw4h Siti Sarah.

Talita dilihat begitu mesra memeluk wanita yang identitinya dirahsiakan.

Namun sehingga kini masih belum diketahui siapakah wanita sebalik rakaman video tular itu.

Wan Sharmila tak terkejvt nama kena petik dipeluk anak Siti Sarah, mengaku kenal Shuib tapi bukan rapat

GARA-GARA sebuah video memperlihatkan anak perempuan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra memeluk seorang wanita, nama pelakon Wan Sharmila pula dipetik netizen.

Rata-rata netizen mula membuat spekulasi bahawa wanita misteri itu adalah pelakon drama 7 Hari Mencintaiku.

Bagaimanapun Wan Sharmila atau mesra disapa sebagai Lala tampil menjelaskan bahawa dia bukanlah individu dalam video tersebut.

“Percaya ke itu Wan Sharmila? Apabila saya tengok video itu, tak rasa terkejut pun. Saya akui memang ada iras saya… lebih kurang muka kami.

“Tapi yang pasti, wanita itu bukan saya. Mungkin dari sisi tepi itu nampak sama, sebab itu netizen petik nama saya,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, nama Wan Sharmila disebut sebagai wanita dalam video anak perempuan Shuib dan arwah Siti Sarah.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram arw4h Sarah, Talita, 9, dilihat begitu mesra memeluk wanita yang identitinya dirahsiakan.

“Saya kenal Shuib sebab pernah bekerjasama. Arwah Siti Sarah pun baik dengan saya. Bukanlah kawan rapat tapi baik sebagai rakan selebriti.

“Masa arw4h meninggal dunia, saya ada la ucap takziah pada Shuib. Tapi tidak la berhubung selalu. Ada juga tegur-tegur biasa saja,” ujarnya.

Menerusi temubual bersama mStar sebelum ini, Shuib mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang wanita namun hubungan tersebut belum serius.

Sementara itu, Wan Sharmila memberitahu dia ada sedikit kebimbangan sekiranya andaian netizen boleh menggores hati wanita yang sedang berkawan dengan Shuib.

“Saya tak kisah pun nama dipetik… cuma harap netizen tidak berkata lebih-lebih, bimbang menyinggung perasaan orang lain.

“Takut juga nanti wanita yang memang tengah berkawan dengan Shuib, terasa hati pula asyik nama saya saja disebut.

“Lagipun saya sendiri tak pernah terfikir pun saya ini sesuai dengan Shuib… bagai langit dan bumi,” katanya.

Untuk rekod, Siti Sarah menlnggal dunia pada 9 Ogos 2021 di PPUKM, Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:mstar    via inffo kini

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment