Pihak pengurusan minta maaf. Anugerah Drama Sangat terpaksa ditangguhkan disebabkan dilanda banjir.

Acara hiburan anjuran TV3, Anugerah Drama Sangat (ADS) yang bersiaran secara langsung dari World Trade Cenrte KL (WTCKL) terpaksa ditangguhkan disebabkan b.ncana banjir di kawasan tersebut yang semakin memburuk.

Gergasi media yang menaungi stesen televisyen tersebut, Media Prima menerusi satu kenyataan memaklumkan perkara tersebut sebentar tadi.

“Pihak pengurusan Media Prima memohon maaf atas penangguhan Anugerah Drama Sangat 2021.

“Penangguhan ini disebabkan oleh b.ncana banjir yang melanda World Trade Centre KL, tempat anugerah ini berlangsung,” ujar kenyataan tersebut.

Disebabkan bencana alam yang tidak terduga tersebut, baki penyampaian anugerah bagi lima kategori lagi akan diumumkan esok dalam program hiburan hujung minggu, Melodi.

“Anugerah Drama Popular, Anugerah Pesona Bintang, Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Drama Terbaik dan Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik Drama akan diumumkan dalam Melodi secara langsung pada hari Ahad pukul 12 tengahari, 19 Disember (esok).

“Pihak kami akan berkongsi pautan untuk siaran langsung tersebut dengan rakan-rakan media,” menurut kenyataan terbabit lagi.

ADS dianjurkan buat julung kalinya dan bersiaran langsung dari WTCKL. Majlis anugerah yang dikendalikan oleh pelakon Nabila Huda dan Ain Edruce tersebut disiarkan menerusi stesen televisyen TV3. Keadaan banjir di ibu negara semakin memburuk apabila hujan tidak berhenti membasahi bandar metropolitan tersebut dan kawasan sekitarnya sejak semalam. – K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment