Setelah Selesai Bantu Mngsa Banjir Di Malaysia,Ardell Aryana Terbang Ke

Pelakon Ardell Aryana khabarnya telah terbang ke Syria bagi menghulurkan bantuan keperluan musim sejuk di sana setelah selesai menyalurkan sumbangan kepada mngsa di Malaysia.

Isteri kepada pelakon dan juga personaliti TV Nadzmi Adhwa itu berangkat ke Syria bagi mengikuti misi kemanusiaan bersama badan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction sejak 28 Disember lalu.

Maklum Ardell, mereka telah berkunjung ke khemah pelarian di Idlib bagi urusan agihan sumbangan daripada rakya Malaysia kepada anak-anak yatim dan golongan memerlukan di wilayah berg0lak itu.

Dia juga sempat menitipkan kata-kata terharu dan gembira kerana dapat menyampaikan amanah rakyat Malaysia di Syria.

Dalam hantaran lain, Nadzmi juga ada memuat naik sebuah hantaran di Instagram (IG) di mana dia menghantar isterinya itu dan mengucapkan selamat tinggal serta mendoakan agar misi bantuan di sana berjalan dengan lancar.

Terdahulu, Ardell memang dikenali sebagai seorang ikon pertubuhan sukarelawan yang aktif dalam memberi bantuan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan tidak kiralah di Malaysia atau di negara-negara yang berg0lak seperti Syria.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment