Penyanyi Ayu Damit Berdepan Detik Cem4s,Apabila Hampir Dip4tuk Ular

Kuala Lumpur: Penyanyi Ayu Damit berdepan detik cem4s sehingga tr4uma apabila hampir dip4tuk ular di rumahnya, baru-baru ini.

Lebih mengejutkan Ayu apabila insiden itu sama seperti dalam mimpi yang dialami selama beberapa hari sebelum itu.

“Sebenarnya sebelum kejadian itu saya sudah beberapa hari mimpi perkara sama. Kemudian saya beritahu suami, saya mimpi ular dan kali ini, ia bukan saja melingkar tapi p4tuk terus. Pada keesokannya paginya apabila nak ambil kuali untuk sediakan sarapan, saya ternampak ular di sebelah bahu kanan. Seolah-olah nak mem4tuk.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Ayu Damit (@ayudamit)

“Lebih men4kutkan sebab ular itu sama dengan ular yang muncul dalam mimpi sebelum ini. Memang terkejut dibuatnya. Suami terus menghubungi pihak APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) bagi memastikan kawasan sekitar berada dalam keadaan selamat. Bimbang sebab ada anak-anak keluar masuk dapur,” katanya yang juga tidak pasti jenis ular berkenaan.

Komen netizen:

Dalam masa sama Ayu berkongsi dia sebelum ini pernah berdepan situasi m1stik apabila buat pertama kali seekor kelawar tiba-tiba masuk dalam rumah.

“Apabila kejadian ini berlaku, saya dan suami tidaklah fikir apa-apa yang pelik pun. Cuma kali ini termimpikan ular pula. Saya ada berjumpa ustaz untuk dapatkan nasihat dan minta air penawar. Saya tidaklah terlalu percaya dengan mimpi itu, tetapi ada rakan-rakan yang mencadangkan supaya cari ikhtiar. Jadi kita cubalah berubat cara tradisional,” katanya.

Menurut Ayu, dia hanya memikirkan soal keselamatan anak-anak.

“Kalau nak percaya mimpi sepenuhnya pun tak boleh juga, tapi kalau nak biarkan pun nanti terlalu fikir. Pendekatan saya setakat ini, cuba ikhtiar sajalah sekadar termampu. Demi keselamatan anak-anak. Iyalah kalau dah binatang berb1sa masuk rumah bimbang ada perkara yang tak baik boleh berlaku. Apa yang penting kita positif, yakin dan reda. Cuma dulu saya ada muat naik di Instagram mengenai perkara ini sebagai luahan. Ada yang tak percaya. Alhamdulillah setakat ini, Allah SWT berikan perlindungan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:Hmetro

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment