Tugas Azwan Ali sebagai pengacara Mic On! dihentikan serta merta, stesen TV tak kompromi isu disiplin

GARA-GARA buat hal ketika mengendalikan program realiti Mic On! (MO), pengacara sensasi Azwan Ali dihentikan tugas serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV iaitu Datuk Adam Ilyas berkata, keputusan menggugurkan Azwan dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek

“Pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menggugurkan Azwan Ali daripada tugas sebagai pengacara MO berkuatkuasa serta-merta.

“Pentas MO akan dikendalikan secara solo olah Issey Fazlisham,” jelas Adam.

Bagaimanapun tidak dinyatakan punca sebenar pengguguran itu dibuat.

Difahamkan, tindakan itu disebabkan masalah berkaitan sikap pengacara itu yang didakwa menjejaskan kelancaran program realiti berkenan.

aa 2

Adam Ilyas (dua dari kiri) ketika sidang media MO Januari lalu

Selain itu, pihak pengurusan stesen terbabit juga menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan keharmonian produksi.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor demi memastikan keharmonian penerbitan program ini dapat diteruskan.

“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan sebarang hal-hal berkaitan dengan disiplin dan etika kerja mana-mana pihak.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian.

“Tindakan keras akan diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran integriti prinsip tersebut,” ujarnya.

Azwan bergandingan dengan Issey sebagai pengacara rancangan MO yang mula bersiaran sejak 28 Januari.

Program realiti Mic On! bersiaran setiap hari Jumaat pukul 9 malam di saluran Awesome TV.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : https://www.malaysiatv.co/tugas-azwan-ali/

Leave a Comment