Baru-baru ini, perselislhan faham di antara dua pelakon muda berbakat besar iaitu Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha menjadi bualan ramai di media sosial. Enggan berlanjutan, Balqis tampil memohon maaf kepada Mia Sara di Instagram (IG) miliknya.
Tak nak masuk campur lagi
Ketika ditemui OhBulan!, Balqis melahirkan rasa lega apabila dia sudah meluahkan segalanya yang terp3ndam di media sosial.
Saya sudah minta maaf dan luahkan semua di media sosial. Kalau boleh tak nak masuk campur lagi dalam hal begini.
Saya rasa lega dapat apabila dapat luahkan semuanya. Sekarang saya okey sahaja.. sibuk dengan kerja dan tulis puisi.
Balqis ditemui ketika majlis pelancaran filem Rumah yang diadakan di Petaling Jaya, pada petang Isnin.
Ditanya sama ada Mia Sara, 16, ada menghubunginya selepas inslden tersebut, kata Balqis, 14, tidak ada langsung.
Tambah pemilik nama Puteri Balqis Azizi, sejak awal lagi dia tidak rapat dengan Mia Sara kerana lebih pada ‘dunia’ sendiri.
Saya okey
Dalam pada itu, Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 menyatakan dia bersikap profesional sekiranya penerbit, Datuk Ayu Puteh ingin menggabungkan mereka berdua dalam satu karya.
Sebenarnya benda itu (gandingkan Balqis dan Mia) secara tiba-tiba baru cakap. Saya tak tahu nak rasa apa. Jadi, saya rasa kalau ada masa boleh, kalau tak ada saya minta maaf.
Tak ada masalah untuk saya bekerjasama dengan Mia. Saya pun dah minta maaf dan dia jangan buat lagi. Saya harap selepas ini semua okey.
Terdahulu, timbul perbaIahan selepas Mia Sara menjawab pertanyaan netizen dan mend4kwa tidak semua orang (merujuk kepada Balqis) dibesarkan dengan keluarga yang beragama dan tidak boleh menyalahkan Balqis.
Berikutan daripada itu, Balqis yang kecew4 dengan d4kwaan tersebut tampil dengan kenyataan menempelak Mia Sara kerana bersikap sedemikian.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report
Sumber:https://ohBulan.com/
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri