“Apa Yang Dia Buat, S4kit…” Puteri Balqis Dedah Sebab Nak Jauhkan Diri Daripada Ayahnya

“Ayah lama menghilang, kami tk berhubung dan saya sendiri nak jauhkan diri sebab apabila dia tiada, saya jadi lebih baik.”

Demikian pengakuan pelakon, Puteri Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi menjawab kemusykilan ramai tentang keberadaan bapa kandungnya, Azizi Aziz.

Kata Balqis, 15, sudah tiada ‘chemistry’ antara mereka dan hanya ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, satu-satunya insan tempat dia bergantung harap ketika ini.

“Waktu ada dia (ayah), saya berdepan tekanan kuat.

“Kali terakhir saya berhubung dengan ayah kira-kira umur 10 atau 11 tahun,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Balqis ditemui usai sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya, Rumah yang turut dibintangi Erra Fazira dan Mak Jah di ibu negara.

Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Televisyen Asia 2014 itu juga mengakui sangat terlvka dengan kelakuan bapanya namun tidak memperincikan apa yang telah dilakukannya.

“Apa yang dia buat, s4kit. Jadi, saya nak jauhkan diri. Sebab apabila saya hubungi dia pun, nampak ‘chemistry’ sudah tiada.

“Sekarang ibulah yang jadi ayah. Dia ibu dia jugalah ayah. Hidup saya complete (memadai), tak rasa missing (kehilangan)

“Sekarang ini, saya cuma ada tiga orang sahaja. Diri saya sendiri, ibu dan pengurus (Fariz),” jelasnya.

Ditanya tentang kehidupan tanpa kasih sayang seorang ayah, balas Balqis: “Saya okey sebab hidup saya dari dulu memang begini. Presence (kehadiran) ayah ada tapi dia punya effort (usaha) itu tiada.

“Jadi, sekarang ini saya ambil kasih sayang ayah itu daripada ibu. Begitu, dah cukup. Cukup sangat.”

Biarpun hidup dalam keadaan kekurangan tanpa dikelilingi kemewahan, Balqis mengakui bahagia.

“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Nampak macam tular tapi lepak di kedai mamak minum teh ‘o’ ais,” katanya.

Difahamkan, ibu dan bapa Balqis berceral ketika dirinya masih kecil namun tldak dapat dipastikan perincian sebenar status percer4ian mereka kerana tldak pernah diceritakan kepada umum.

Sumber:Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :www.dnq.pw

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment