“Aqish Ke Tu..Terasa Tua….” – Ramai Teruja Lihat Puteri Balqis Kembali Berlakon

Siapa jer yang tk kenal dengan pelakon cilik Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra dipanggil Aqish yang popular dengan lakonan mantap serta comel apabila berkata-kata suatu ketika dulu.

Apa cerita ya Aqish sekarang ni.

Menurut satu perkongsian di Instagram, Nor Khiriah memuatnaik satu video yang menunjukkan pertemuannya bersama Aqish setelah 10 tahun tldak bergandingan dalam lakonan.

Happynya akak bila dapat tahu dia jadi anak dalam cerita ni, dah sama tinggi atau akak yang bantut.

Khiriah dilihat sangat teruja apabila dapat bertemu dan diberi peluang untuk bergandingan semula dengan Aqish.

Cantik betul Puteri Balqis sekarang ni, tambah lagi apabila memegang watak yang bertudung. Senyuman dia pun masih sama lagi macam dulu.

Tahu dah mesti ramai yang tak sabar dan rindukan lakonan Aqish setelah sekian lama tldak muncul di kaca TV kan.

Terdahulu, penampilan terbaharu Balqis yang dilihat memakai skirt pendek dan stoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak telah mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai keadaan terkini figura berkenaan.

Selain itu, Puteri Balqis tampil memberi respon berhubung persoalan warganet yang bertanyakan sama ada dirinya seorang yang member0ntak dan tldak ingat Tuhan.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama popular Akulah Balqis itu menjawab persoalan berkenaan selepas ada seorang netlzen bertanya menerusi ruangan Ask Me di Instastory.

“Hello adik, orang kata adik memberontak dan tidak ingat Tuhan. Apa yang adik belajar dari ibu?” tanya seorang warganet menerusi ruangan tersebut.

“Setiap hari dia akan berjalan dan bersedekah kepada pemotong rumput dan tukang sapu smpah.

“Ini doa ibu saya setiap hari, ‘Wahai Pencipta kami, ampunkan seluruh hamba Mu, termasuk tumbuhan dan haiwan. Semoga seluruh hamba Mu dijauhkan dari seluruh pengkhlanatan’,” katanya.

Sumber : om/ Utusan    via trending giler

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment