Meskipun sibuk menguruskan perniagaan jenama Absolut Chocolat, pasangan pelakon Ben Ali dan Nadiyah Shahab tidak pernah lupa soal untuk menimang zuriat sejak berkahwin tiga tahun lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, Nadiyah atau nama penuhnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab berkata, mereka sentiasa berusaha bagi memiliki cahaya mata sebagai penyeri kehidupan rumah tangga.
Lihat siaran ini di Instagram
“Siapa yang tak mahu anak? Bayangkan dalam perniagaan kami usahakan pun, sudah ‘lahir’ kios fizikal pertama di Mid Valley.
“Mestilah kalau boleh dan diizinkan, kami nak anak juga. Malah ada teman berselor0h, kios fizikal boleh diadakan, takkan anak send1ri tidak boleh diusahakan.
“Jujur, ikutkan baik saya dan Ben memang nak anak. Kalau boleh sekarang pun memang nak jadikan ia kenyataan. Tapi kita hanya, merancang dan berusaha. Selebihnya, kuasa Tuhan,” katanya.
Lihat siaran ini di Instagram
Malah, pelakon berusia 30 tahun itu turut menepis dakwaan kononnya tidak mahu hamil sebaliknya mengakui dia dan suami terlalu fokus pada bisnes.
“Tak ada istilah saya tak nak hamil. Semestinya kahwin itu sebagai isyarat untuk kita terus menambah zuriat dan keturunan. Cuma baik saya dan suami memang terlalu fokus bekerja. Masing masing mempunyai peranan penting dalam syarikat.
Lihat siaran ini di Instagram
“Dalam hal berniaga ini, kami tidak boleh ambil mudah. Untuk mengukuhkan jenama bukan perkara yang dibuat dalam masa singkat. Apatah lagi dalam keadaan dunia diuji dengan pandemik cov1d-19,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report
Sumber: Harian Metro via rosemerah
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri