“Record Betul Rupanya..” -Sebelum Ni Tular Lelaki Menari Belakang Wartawan Masa Siaran Berita, Ini Hasilnya

Memandangkan sekarang ini sedang berlangsungnya sukan Olimpik di Tokyo, Jepun, pastinya ramai yang tidak putus-putus memberikan sokongan pada atlet negara yang sedang bertanding. Baru-baru ini pula, satu siaran berita melibatkan seorang wartawan Malaysia di sana menarik perhatian ramai.

Semuanya gara-gara kemunculan seorang lelaki yang juga krew media dilihat sedang seronok menari di belakang wartawan wanita itu. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dua juta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut sama berdekah melihatnya.

VIDEO 1

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan wartawan wanita itu sedang melakukan liputan berita di hadapan stadium. Semasa sedang memberikan ulasan, kemunculan dua lelaki di belakang wartawan itu menarik perhatian ramai.

Kedua-dua lelaki itu kelihatan sedang merakamkan video menari Tik Tok sambil melintasi kawasan tersebut. Dalam masa yang sama, wartawan itu masih lagi sedang bersiaran sambil bercakap di hadapan kamera.

VIDEO 2

Lebih mencuit hati, kedua-dua lelaki itu langsung tidak sedar wartawan tersebut sudah pun bersiaran langsung malah kejadian itu turut disedari oleh wartawan wanita itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat kemunculan yang tidak disangka-sangka itu. Ada juga yang mengakui berasa terkejut apabila melihat siaran berita itu di televisyen dan menganggap ianya satu insiden kelakar yang pernah berlaku dalam siaran berita.

“Nasib baik video tik tok yang simple. Kalau yang goyang-goyang lagi haru.”

“Dia bukan setakat masuk fyp tapi masuk tv terus.”

“Seronok dia tik tok kat belakang sampai tak perasan masuk tv…”

“Member yang merakam pun melayan…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment