“Tengok bola sepak boleh duduk rapat2, harap saf s0lat juga boleh”

Bahang perlawanan bola sepak TM Piala Malaysia 2021 masih lagi terasa walaupun sudah beberapa hari selesai dengan pasukan Kuala Lumpur City berjaya menewaskan pasukan Johor Darul Takzim.

Kehadiran penonton ke stadium juga sudah semakin ramai dan difahamkan 20,000 pembeli tiket hadir menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil tempoh hari.

Namun, disebalik kegembiraan warga ibu kota meraikan ‘pulangnya’ Piala Malaysia selepas menunggu hampir 32 tahun, ada sesetengah pihak mempertikaikan kehadiran penonton yang dilihat sudah kembali normal seperti sebelum pandemlk.

Penyokong duduk rapat2 di stadium

Menerusi perkongsian di Facebook pendakwah dan juga aktivis terkenal, Firdaus Wong, beliau sekadar memberi saran supaya masjid dan surau kembali mengim4rahkan saf memandangkan banyak tempat yang sudah tidak melakukan penjarakan sosial.

Suara hati sebagai rakyat marhaen

Menurutnya lagi, beliau berasa rindu untuk menunaikan solat seperti sedia kala kerana melihat keadaan semasa yang mana stadium, penumpang bas, dan penumpang kapal terbang sudah duduk sebelah menyebelah.

Walau bagaimanapun, Firdaus Wong menyatakan yang beliau hanya berkongsi suara hati diri sendiri dan memahami yang para ulama lebih tahu fiqh keutamaan.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata daripadanya juga bertanyakan hal serupa dan menganggap sudah tiba masanya untuk mengim4rahkan kembali saf seperti sebelum pandemik asalkan mereka yang hadir ke masjid atau surau sudah melengkapkan kesemua dos suntikan vaksln.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :  https://transformasi.pw/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment