Beng4ng Dituduh Guna Duit Jamal Abdillah Buka Bisnes, Zaki Yamani Ded4h Dari Mana Dia Dpt Duit

SEDIH dan terkilan… Itu yang dirasakan penyanyi remaja Zaki Yamani apabila segelintir netizen memperkecilkan usahanya memulakan perniagaan menjual makanan.

Zaki, 16, bagaimanapun tidak mahu terlalu mengambil pusing kata-kata negatif yang menuduh dia mendapat modal perniagaan daripada bapanya iaitu penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah.

“Ketika awal saya mahu mulakan perniagaan ini, ayah saya sendiri tidak tahu dan saya langsung tidak meminta duit untuk dijadikan modal.

“Jika ada yang masih tidak percaya, boleh tanya sendiri kepada beliau,” jelas Zaki ketika dihubungi mStar.

Bergelar usahawan pada usia muda dengan hasil modal sendiri.

Sekitar November tahun lalu Zaki menceburi bidang perniagaan dengan membuka gerai makanan dan minuman di medan selera yang terletak di Kajang, Selangor.

Gerai diberi nama Ngopi Dulu Yop itu menyediakan pelbagai menu makanan segera inspirasi dari Korea serta minuman berasaskan kopi.

Sebelum ini, Zaki memuat naik satu hantaran di Instagram menjelaskan modal perniagaan tersebut adalah hasil wang yang dikumpul dari bayaran membuat review di media sosial.

Dia juga membuat naik paparan skrin beberapa netizen yang menuduhnya hidup senang kerana mempunyai keluarga kaya.

Saya tahu orang akan terus kaitkan saya dengan ayah walau bukan urusan kami bersama.

“Kalau ada modal umur 10 tahun pun boleh jadi tauke apa saja. Modal duit mak bapa.

“Untung mak bapa berduit, anak minta modal niaga pun senang, yang biasa-biasa ni harapkan simpan modal sendiri tu pun makan masa bertahun,” ujar beberapa netizen.

Sementara itu, Zaki juga memberitahu sebelum memulakan perniagaan tersebut, dia ada memberi bayangan kepada Jamal tentang hasratnya, namun tidak menerima sebarang respons daripada penyanyi lagu Azura itu.

Zaki tidak mahu terus dikaitkan dengan nama Jamal.

“Saya ada menghantar gambar bancuhan air yang saya buat, namun hanya dapat bluetick sahaja.

“Kemudian selepas beroperasi, ayah ada menghubungi dan saya telah pun bercerita kepadanya tentang perniagaan ini,” ujarnya.

Dalam masa sama Zaki juga sedar setiap perbuatan yang dilakukannya akan dikaitkan dengan nama penyanyi legenda itu.

“Saya tahu orang akan terus kaitakan saya dengan ayah walau bukan urusan kami bersama.

“Memang rasa tertekan, tetapi apa boleh saya buat. Lebih baik diam sahaja,” katanya.

Zaki turut berkongsi akan tampil dengan lagu baharu kolaborasi bersama Jamal dan abangnya Osama yang berjudul Tangan Yang Melambai.

” Saya rasa kalau perkara dan benda-benda positif, barulah kita galakkan. Saya rasa memang tak sangka jugalah dia buat berniaga macam itu. Keberanian dia,”

Itu kata-kata penghibur terkenal negara yang mendapat jolokan ‘Raja Pop’, Datuk Jamal Abdillah, 63, berhubung pembabitan anaknya, Zaki Yamani, 16, dalam perniagaan pada usia masih remaja.

Menurut Jamal, dia melihat kejayaan Zaki yang kini mengusahakan kedai makan dikenali Ngopi Dulu Yop, di Kajang, Selangor sejak lima bulan lalu mendapat dorongan kuat daripada ibunya.

” Apa yang dilakukannya itu (bisnes) mungkin atas dorongan ibunya. Jadi, saya boleh anggap sesuatu yang berjaya untuk dia.

” Satu kejayaan yang dia nampak atas sikapnya mahu bekerja, mahu berusaha memperbaiki dirinya.

” Saya bersyukur, cuma nak ingatkan dia jangan terlalu teruja dan teruskanlah berusaha dengan bersungguh-sungguh,” katanya kepada HarianMetr0.

‘Zaki Tak Ada Bincang Dgn saya’ – Respon Jamal Abdillah Lepas Anaknya Bukak Gerai Pada Usia 16 Tahun

Jamal yang turut aktif dalam perniagan ditanya apakah Zaki ada buka mulut berbincang dengannya untuk terbabit menjalankan bisnes berkata, mereka tidak pernah membincangkannya.

” Zaki tak ada berbincang dengan saya. Cuma, dia pernah beritahu saya nak berniaga. Tapi, saya pun tak bertanya dia dengan lebih lanjut,” katanya.

Terdahulu, HarianMetr0 melaporkan Zaki juga seorang penyanyi kini bergelar tauke kedai makan pada usia 16 tahun walaupun segelintir rakan sekolahnya tidak percaya dia berniaga.

Zaki berkata dia tidak kisah pun sama ada rakan sekolah mahu percaya atau tidak kerana paling utama baginya ialah terus berusaha mencari rezeki bersama ibu tersayang.

Mengenai menu di kedai makannya, Zaki berkata ada pelbagai hidangan makanan segera inspirasi dari Korea disediakan berserta minuman berasaskan kopi hasil air tangan dia sebagai ‘barista’ dengan harga berpatutan.

” Idea nak berniaga ini datang dari saya dan ibu saya.

” Memandangkan ibu pun dah tak kerja lagi dan saya pun tak boleh mengharapkan duit show semata-mata, jadi kenalah cari pendapatan sampingan untuk kami berdua.

” Sewa rumah nak kena bayar, saya pun masih bersekolah jadi semuanya memerlukan pembelanjaan.

” Kami rasa membuka gerai menjual makanan dan minuman ini merupakan salah satu cara untuk jana pendapatan. Alhamdulillah sambutan baik daripada pelanggan.

” Boleh dikatakan setiap hari saya turun ke kedai selepas sesi persekolahan, hujung minggu memang kawasan ni penuh, mujurlah kami ada tiga pekerja yang membantu menguruskan kedai ini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zaki turut mengakui berasa bangga kerana impiannya untuk memiliki perniagaan makanan dan minuman akhirnya tercapai.

Malah, dia merancang untuk menambah cawangan dan kios di beberapa kawasan lain, selain meneroka perniagaan baharu.

” Selain di Kajang, kita juga ada kios di Setapak, Kuala Lumpur… di sana pun kami jual pelbagai jenis minuman berkopi dan perisa buah-buahan.

” Perancangan selepas ini nak buka satu lagi cawangan di Shah Alam.

” Alhamdulillah saya berbangga sangat di usia 16 tahun saya sudah memiliki perniagaan sendiri dan dapat bantu ibu jana pendapatan untuk keluarga.

” InsyaAllah selepas ini saya akan keluarkan produk kosmetik dan pencuci wajah jenama saya sendiri,” ujarnya.

Pembukaan kedai makanan dan minuman ini bukan sahaja memberi peluang kepadanya untuk mempelajari selok belok perniagaan semata-mata, penyanyi lagu Slow Mo ini juga berkata dia dapat memperbaiki cara berkomunikasi dengan orang ramai.

” Kalau dalam pelajaran saya minat bidang kejuruteraan, tapi perniagaan pun salah satu benda yang saya suka.

” Saya seronok bila dapat layan pelanggan. Kalau di gerai ini saya juga jadi barista yang buat air, memang dapat jumpa macam-macam perangai pelanggan.

” Secara tak langsung saya dapat belajar cara macam mana nak perbaiki percakapan apabila berhadapan dengan orang ramai,” katanya.

Kenali Zaki Yamani

Umum mengenali pemilik nama sebenar Ahmad Zaki Yamani bin Jamal Ubaidillah adalah anak kepada penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah dan juga adik kepada penyanyi Osama Yamani.

Lahir pada 5 Disember 2006, Zaki lahir dan menetap di Kajang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan di sebuah sekolah antarabangsa, dan Sekolah Islam Integrasi.

Ibu Zaki yang bernama Fatimatuzahra Samat merupakan bekas isteri Jamal daripada perkahwinan ketiga beliau.

Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik yang muncul dengan single pengenalan berjudul Percayaku hasil ciptaan sepenuhnya oleh beliau sendiri.

Bernaung di bawah label syarikat rakaman Rusa Music yang turut disertai penyanyi-penyanyi remaja popular, antaranya Floor 88, Ariff Bahran dan Mizan Harry Khalifah.

Fakta Menarik tentang Zaki

Mula meminati bidang seni suara sejak berusia empat tahun dan acapkali mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian.

Meletakkan penyanyi dan komposer, Hael Husaini sebagai idola, selain mengagumi bakat penyanyi rap remaja, Ben Ladin.

Wajah dan gaya nyanyian Zaki dikatakan saling tak tumpah bapanya, Jamal Abdillah.

Pernah menjadi mngsa buli di sekolah agama sewaktu berusia sembilan tahun yang mengakibatkan emosinya terjejas, lantas mengambil keputusan berpindah sekolah.

Terlebih dahulu, dia menuntut di sekolah antarabangsa, namun juga tidak bertahan lama kerana menghadapi msaIah untuk bergaul dengan pelajar bukan warga tempatan.

Neneknya pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Abangnya, Osama Yamani turut bergiat sebagai penyanyi. Osama merupakan anak daripada perkahwinan kedua Jamal dengan bekas isterinya, Noraina Mohd Yusof.

Zaki kini tinggal bersama ibunya di Kajang, Selangor, manakala Jamal pula menetap di Shah Alam.

Meskipun tidak tinggal dengan Jamal, Zaki pernah memberitahu hubungan dengan bapanya itu sangat rapat. Malah Jamal sentiasa mengambil berat dan menjalankan tnggungjawabnya sabagai bapa Zaki.

Zaki sangat terkenal di Tiktok dan Instagram, di mana pengikut Instagram beliau kini sudah berjumlah lebih 5OO ribu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:mstar dan iluminasi.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Leave a Comment