Dah bawa jumpa ibu, bekas PA B0ngkar bukti mesej DSV buat ujian kesuburan

Sejak beberapa hari lepas, nama usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida telah menjadi sebutan di media sosial selepas pendedahan daripada bekas Personal Assistant (PA) beliau yang menyatakan mereka pernah hampir berkahwin pada tahun 2018.

Mereka berdua juga dilihat terbuka menceritakan perkara tersebut lebih-lebih lagi bekas PA kepada DSV iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli.

Hal ini susulan video perbualan antara DSV dan Dato Seri Aliff Syukri yang bercerita berkenaan hubungan antara DSV dengan bekas PAnya satu ketika dahulu.

Iqbal juga ada menyebut bahawa usahawan berkenaan pernah membuat ujian kesuburan sebelum ini bertujuan untuk bernikah dengannya.

Bagi menguatkan lagi dakwaan tersebut, jejaka berkenaan telah memuat naik tangkapan layar mesej antara dirinya dan DSV ketika berbincang berkenaan hubungan mereka dahulu.

Menurut Iqbal lagi, dia juga telah membawa DSV berjumpa ibunya. Namun, ia tidak dapat diteruskan kerana memikirkan banyak hati yang perlu dijaga.

Selain daripada itu, jejaka berkenaan turut ada memuat naik tangkapan layar direct message (DM) dengan Aliff Syukri yang memberi nasihat kepadanya.

Tangkapan layar tersebut seakan menguatkan lagi khabar angin berkenaannya yang dikatakan hampir berkahwin dengan usahawan kosmetik itu.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat diteruskan. Pada sesi IG live DSV dengan Dato’  Sri Aliff Syukri, beliau ada menyatakan yang mungkin terbuka hati ingin berumah tangga jika bertemu dengan yang sepadan dengan usia dan kehidupannya.

Sumber : ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :  http://transformasi.pw/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment