“Guna Duit Sendiri” Ebit Lew Nak Buat Sam4n Malu? Sekali Caprice Batalkan Live Malam Ini

Selepas diasak dengan pelbagai kontro.versi dan pendedahan yang disifatkan sebagai tidak berasas, Ustaz Ebit Lew mengambil keputusan membuat lap0ran polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur petang tadi.

Ebit mengatakan perlu untuk beliau menggunakan saluran undang-undang yang betul bagi meluruskan perihal yang diwarwarkan dalam media sosial sehingga menimbulkan banyak salah faham.

“Saya boleh kata semua tuduhan yang dibuat adalah tidak benar. Fitn4h semata mata dan saya sangkal,” ujar Ebit Lew kepada pihak media yang ditemui usai beliau membuat laporan polis.

Sambil ditemani oleh peguamnya, Ebit menegaskan beliau tidak suka untuk mencari musvh atau menjawab sebarang tuduhan kepadanya kerana enggan memanjangkan perdebatan.

“Namun saya kena jawab pertuduhan yang dilemparkan kepada saya, keluarga. Saya sedih,” katanya tenang.

Beliau juga meminta pihak media bersabar dan berjanji akan menjelaskan semua perkara yang ditimbulkan mengenai kegiatan dirinya melakukan misi kemanusiaan di G4.za, Pal3.stin baru baru ini, esok.

“Esok saya akan jawab semua, saya tak ada benda nak sorok. Saya masuk ke Gaza memang dengan niat nak menolong. Saya tak pernah buka tabung untuk Gaza,” katanya lagi.

Bagaimanapun Ebit sempat menjelaskan dirinya memasuki G4.za dengan menggunakan duit sendiri, bukan dibiayai pihak lain.

“Ya, duit sendiri, bukan dibiayai dari pihak lain,” jelasnya.

Menurut Ebit, beliau juga tidak teragak agak mengheret individu yang memfitn4hnya ke muka pengadilan.

“Saya akan sam4n malu, saya akan buat mengikut proses undang undang,” katanya seperti yang dipaparkan menerusi Instagram Live sebentar tadi.

Terdahulu, rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Nadir Al-Nuri tampil memberi teguran mengenai misi kem.anusiaan Ebit Lew dan pasukannya di G4.za.

Antara yang disentuh dalam teguran tersebut adalah mengenai cara pembelian barang bantuan dan mendakwa pihak Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan m ke G4.za tanpa menggunakan khidmat NGO tempatan di negara tersebut.

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Caprice dah penat… nak ‘move on’, sesi IG Live isu G4.za batal selepas Ebit Lew buat lap0ran polis

HASRAT penyanyi rap Caprice untuk terus bersuara mengenai isu belakang tabir yang berlaku di G4.za, Pal3.stin malam ini nampaknya tidak kesampaian.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, ia berikutan personaliti dakwah Ebit Lew sudah membuat lap0ran polis berkaitan isu berkenaan pada Rabu.

“Minta maaf guys, ada orang yang sudah buat lap0ran polis dan Caprice tak dapat buat live malam ini.

“InsyaAllah kebenaran akan terdedah dengan sendirinya,” ujarnya di Instagram.

Sementara itu, Caprice memberitahu dia sudah penat dan tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi.

“Saya penat! Caprice dah minta maaf tak nak keruhkan keadaan lagi. Tapi kita sangat kecewa dengan pihak yang guna kuasa untuk sembunyikan orang lain.

“Ini kali kedua benda macam ni berlaku tahun ini. Saya dah cukup penat dan serah semua ini kepada Allah. Saya kini dalam langkah untuk memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.

“Walaupun saya masih belum ‘sembuh’ daripada pengalaman (berkaitan misi kemanusiaan di G4.za) namun insyaAllah saya akan cuba menjadi yang terbaik daripada segi mental dan fizikal,” ujarnya.

Terdahulu, Ebit Lew membuat lap0ran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung G4.za, Pal3.stin, baru-baru ini.

Ebit berkata, tindakan itu dilakukan bagi menafikan dakwaan dan fit4h daripada beberapa pihak terhadapnya.

Dia turut menamakan dua individu iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri dan Caprice serta beberapa nama yang berkongsi perkara itu di media sosial.

Terdahulu pada Selasa, Nadir membuat penjelasan panjang lebar berhubung misi bantuan kemanusiaan di G4.za membabitkan Ebit menerusi saluran Telegram miliknya antara lain menegur cara pasukan pendakwah itu melaksanakan misi berkenaan.

Bagaimanapun, ujar Nadir, dia tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit, namun menjadikan perkongsian itu sebagai iktibar dan pedoman untuk semua pihak.

Susulan penjelasan itu, Caprice juga berkata, dia akan meneruskan sesi Instagram live seperti yang dijanjikan bagi mendedahkan perkara sebenar yang berlaku di G4.za.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment