‘Kalau Nak Mengajar Bukan Masa ‘Live’, Jumpa Belakang Pentas’ – Dato Hattan Tegur Hetty Koes Endang, Sekali Ramai Pula Tak Setuju

Penyanyi, Dato Hattan dipercayai kurang gemar melihat tindakan bunda Hetty Koes Endang yang mengajar para peserta Gegar Vaganza musim kelapan secara ‘live’. Menurut Hattan, perkara tersebut boleh dilakukan di belakang pentas.

Ajak duduk atas pentas

Dalam episod minggu ketujuh semalam, Adibah Noor dan Nikki Palikat telah membawakan lagu ‘Berdiri Bulu Romaku’ dan ‘Rindu’ nyanyian Hetty Koes Endang. Sebaik sahaja Adibah Noor selesai melakukan persembahan, bunda Hetty dilihat naik ke pentas dan mengajar kedua-dua penyanyi tersebut untuk menyampaikan lagunya dengan cara yang lebih baik. Bukan itu sahaja, Hetty Koes Endang turut mengajak kedua-dua peserta tersebut untuk duduk bersamanya di pentas. Berikutan daripada tindakan tersebut, Dato Hattan telah memuat naik satu posting di akaun Facebooknya.

Juri kalau nak mengajar bukan masa tengah live. Boleh mengajar jumpa belakang pentas. Sikit-sikit sudah.

Ujar Dato Hattan, pihak juri tidak sepatutnya mengajar para peserta ketika pertandingan tersebut sedang bersiaran secara langsung. Tambah Dato Hattan, lebih ‘manis’ sekiranya para juri mengajar para peserta di belakang pentas.

Lain kali tak payah tengok

Di ruangan komen, ada segelintir netizen tidak bersetuju dengan pendapat Hattan. Menurut netizen, setiap juri layak memberi kritikan, pandangan mahupun pengajaran buat para peserta supaya mereka melakukan persembahan yang lebih baik. Di samping itu, netizen meminta pelantun suara ‘Mahligai Syahdu’ itu supaya jangan menonton program berkenaan sekiranya tidak mahu melihat para peserta diajar ketika siaran langsung.

Susulan daripada komen netizen, Hattan memberitahu bahawa dia perlu menonton program tersebut kerana beliau seorang penyanyi dan terlibat dalam industri seni. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! posting yang dimuat naik oleh Hattan telah meraih 1000 tanda suka dan ratusan komen.

TANGKAP layar rakaman video Adibah Noor menyanyikan lagu Berdiri Bulu Romaku versi dikir barat dalam Konsert Gegarvaganza 8 semalam.

Bonda Hetty tak pernah tak lawak…Suaranya Ya Allah sedap sangat

Seperti biasa, penyanyi lagenda ini sekali lagi memberikan tunjuk ajar dengan cara yang sangat bermakna kepada para peserta pada konsert minggu 7 semalam. Bonda malah bangun dan menyusun sendiri music arrangement mengikut kehendaknya lantas menunjukkan cara nyanyian yang tepat kepada mereka semua. Meskipun bimbingan itu kedengaran tegas, ia turut diselangi dengan pelbagai adegan yang sangat menghiburkan hati.

Ini tahan, perut…Terkejut orang tu…Nasib baik bukan perut Kak Diba

Ketika tiba giliran Nikki Palikat pula menerima ‘kelas vokal’ percuma, Bonda tegas menekankan mengenai kawalan nafas serta nada yang seharusnya lebih tinggi di bahagian korus lagu berjudul ‘Rindu’ ini. Namun lucunya, Nikki seakan terperanjat seketika apabila perutnya malah ditepuk perlahan oleh juri tetap itu sebelum mereka berderai dengan ketawa besar.

Sebab tu industri muzik Indonesia jauh lebih baik…Bagi banyak masa…Takde nak cut

Meskipun merupakan juri luar negara, namun netizen Malaysia sendiri akui sangat gemar melihat cara Bonda Hetty memberikan teguran beserta contoh. Malah mereka puji dan menyifatkan faktor ‘orang lama’ yang sangat terbuka memberikan komen jujur sebegitu menjadi sebab utama mengapa industri hiburan Indonesia jauh lebih baik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Hattan Via Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment