Dayah Bakar Titip Ucapan Istimewa Buat Suami Sempena Hari Tentera Darat

Bersempena Hari Tentera Darat ke-89 penyanyi serta pengacara cantik, Dayah Bakar turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat suaminya, Kapten Muhammad Hanif.

Titip ucapan buat suami tersayang

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Menerusi kapsyen dikongsi di laman Instagram, Dayah menjelaskan suaminya telah menjadi contoh yang terbaik buat dirinya dan anak lelaki mereka, Achbar Muhammad Fahri.

Selamat Hari Tentera Darat ke-89 buat satriaku.

Dedikasi , displin dan sifat tanggungjawab yang tinggi telah membentuk dirimu menjadi sosok yang dihormati, dan doaku semoga dirimu terus dilindungi di dalam setiap jejak langkahmu .

Pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar pada masa yang sama turut menitipkan penghargaan buat isteri dan keluarga wira negara yang sering menjadi tulung belakang kepada mereka.

Tidak dilupakan juga penghargaan buat isteri dan keluarga yang sentiasa berkorban waktu, tenaga , jarak dan air mata dalam menjadi pendukung luar biasa buat sang prajurit negara.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2018 dan dikurniakan cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri berusia dua tahun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga tidak ketinggalan dalam memberi komen positif terhadap perkongsian tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment