Seb4k Single Pertama ‘Cinta Hati’ Dapat Pujian, Bintang TikTok Mahu Dikenali Sebagai Araf Aziz Bukan Lagi Lisa Blackpink!

MUNCUL dengan single sulung berjudul Cinta Hati, personaliti media sosial Araf Aziz sebak hingga menitiskan air mata apabila membaca komen positif penonton di laman YouTube.

Kata Araf atau nama sebenar Mohamad Asyraf Abd Aziz, 28, dia tidak menyangka percubaan pertamanya bergelar penyanyi menerima sambutan baik netizen.

“Sebelum ini di TikTok, Instagram, YouTube memang saya selalu dikec4m tapi tak sangka video muzik lagu baharu ini menerima komen positif daripada penonton.

“Apabila baca komen mereka itu saya menangls, saya terharu kerana mereka boleh terima saya dalam industri ini… saya tak m4lu mengakui menangls semasa siaran langsung di aplikasi TikTok.

“Alhamdulillah rasa puas sangat sebab hasil kerja keras kami akhirnya membuahkan hasil dan syukur Cinta Hati diterima pendengar di luar sana… ini juga adalah peluang untuk saya ketengahkan diri sebagai Araf Aziz dan bukan Lisa Blackpink,” katanya kepada mStar.

Araf Aziz terharu single pertama dapat pujian.

Lagu ciptaan sepenuhnya Aiman Sidek itu menerima lebih 400,000 tontonan selepas dimuat naik pada 1 Januari lalu dan menjadi trending di laman YouTube.

Cinta Hati mengisahkan tentang luahan hati dan perasaan sayang seseorang yang tidak mampu diluahkan, namun perasaan itu ditunjukkan melalui perbuatan.

Walaupun saya ada masalah pendengaran tapi saya tak jadikan itu sebagai penghalang

ARAF AZIZ

TIKTOKERS

Dalam pada itu, anak kelahiran Kuala Terengganu ini menafikan dakwaan kononnya syarikat rakaman menjadikan kekurangan pada dirinya sebagai bahan untuk meraih simpati pendengar.

“Saya tak fikir ada pihak yang nak ambil kesempatan kepada saya dengan buat lagu sebab untuk lagu pertama ini saya sendiri yang tawarkan diri dan pihak 4U Entertainment bersetuju untuk hasilkan satu lagu.

Araf berterima kasih atas sokongan netizen terhadap lagu pertama nyanyiannya itu.

“Walaupun saya ada masalah pendengaran tapi saya tak jadikan itu sebagai penghalang. Mungkin ada yang fikir saya tak boleh menyanyi tapi tak saIah kita mencuba apa sahaja peluang yang ada.

“Cuma saya nak beritahu, di luar TikTok saya mahu dikenali sebagai Araf Aziz dan Lisa itu hanya karakter dalam aplikasi berkenaan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment