“Seb4k Sangat, Dekta Dah Tak Nak Teruskan Shooting” – Ini Cerita Yang Berlaku Disebalik Tabir Loveta

Nampak kuat namun hati anak kecil bernama Dzahira Talita Zahra juga rapuh sewaktu menjalani penggambaran jenama tudung Loveta milik arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin.

Kisah disebalik tabir penggambaran itu dikongsi menerusi coretan di akaun Instagram milik Allahyarham Sarah.

Difahamkan suasana di lokasi terlalu sebk sehingga Talita juga tidak mahu meneruskan penggambaran.

“Masa ni dekat set dah huru hara sebab terlebih emosi, sebk sangat. Dekta sudah tak nak teruskan penggambaran ini.

“Tapi bila dia dah tenang, dia sendiri yang ajak sambung. Alhamdulillah dah nampak semangat tak mudah putus asa macam arwah ibu!” kongsi nukilan tersebut.

video

Dalam pada itu, Shuib menerusi hantaran di akaun Instagramnya menyatakan rasa syukur dan yakin Anzalna merupakan pilihan yang tepat sebagai wajah terbaharu Loveta.

“Congrats @anzalnanasir88!!! Alhamdulillah semua dah tahu dah pengganti untuk @lovetahq. Semoga dapat buat yang terbaik dan saya yakin Anzalna memang pilihan yang tepat! Minta support Anzalna dan team @lovetahq @suciuwais okay!” tulisnya.

Sebelum ini, Anzalna juga tidak dapat menahan sebk dan menangis sebaik bersemuka dengan Talita iaitu satu-satunya anak perempuan arwah sewaktu sesi penggambaran berlangsung.

Untuk info, selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, jenama tudung tersebut terus disambung dan diuruskan oleh Siti Fatimah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment