Dulu DlperIi, Tp Katanya Eddie Hamid Kini Sudah Jutawan

Jika disebut nama komposer terkenal, Eddie Hamid, pastinya semua akan terbayang lagu-lagu ciptaan beliau yang jiwang dan meleweh.

Bahkan sehingga ada yang berkata beliau hadir dalam industri buat semak sahaja kerana lagu-lagu yang dihasilkan tidaklah bertaraf antarabangsa.

Kon0nnya, kebanyakan karya-karya yang dhasilkan sesuai untuk orang-orang kampungan sahaja.

Sebeg1tu rendahkah taraf dan integritinya sebagai seorang pencipta lagu sehinggakan tergamak orang melabelnya dengan sesuka hati.

KaIau betul orang tak boleh terima, masakan sehingga sekarang Eddie Hamid masih teguh berada dalam industri dan masih lagi mendapat permintaan hangat daripada artis-artis yang mahu sentuhan dan air tangannya dalam lagu.

KebetuIan bertemu dengan komposer ini baru-baru ini, Pancaindera (Utusan) bertanyakan perihal ini.

Nama masih ada dalam industri, apa formula yang digunakan oleh Eddie?

” Saya tahu apa yang industri nak pada setiap tahun dan baru keluarkan lagu. Saya banyak kaji dengan apa yang Nova Music buat dan aplikasikan pada penghasilan karya saya.

” Kalau lagu cover, kita buat lagu cover. Contoh macam penyanyi Wany Hasrita, Tajul, Fieya Julia. Mereka ada buat lagu cover kerana pada waktu ini, pendengar suka.”

Adakah Eddie sedar yang ada juga pihak melabel lagu dan karya-karya awak sebagai lagu kampung atau s4mpah. Sedangkan yang bercakap itu pun tak kemana dan ada juga yang dengar lagu sebegitu. Komen?

Hari ini, benda itu dah makan diri mereka. Kalau sebelum ini, kita ada Facebook dan Youtube, sekarang zaman dah berubah. Ada Tiktok pula.

” Saya banyak menerima salah faham daripada pendengar dan peminat bahkan rakan-rakan artis sendiri yang menyangkakan kebanyakan lagu-lagu di Tiktok itu adalah lagu saya. Sedangkan, itu lagu dari Indonesia.

” Pendek kata, seluruh Asean boleh terima lagu-lagu yang kononnya macam karya saya itu. Lagu-lagu macam itu, tak mati. Yang kutvk-kutvk saya itu yang dah m4ti. Maksud saya, m4ti berkarya.

Betul ke sebelum ini ada kalangan komposer dan pemain industri menghent4m Eddie?

” Jujurnya saya pun pernah dih3ntam oleh jurutera bunyi, mastering dan komposer-komposer lain dalam industri. Lagu-lagu Eddie Hamid ini dikatakan tak menarik.

” Tapi sehingga kini, lihatlah, saya masih lagui berkarya, masih lagi hidup dan diterima ramai. Lagu-lagu artis baru dan BBNU pun saya buat dan mereka nak sentuhan karya saya. Royalti saya pun masih berjalan.

Pernah tak orang suruh Eddie berhenti saja buat lagu disebabkan kononnya lagu ‘low class’ kata mereka?

” Pernah juga. Tapi teringat arwh Loloq pernah berpesan pada saya sebelum dia meninggI dnia.

” Dia kata, walaupun orang h3ntam atau apa, jangan sesekali ubah konsep karya saya. “Kau adalah Eddie Hamid,” kata dia. Kalau saya ubah, jadi macam M Nasir, Ajai, jadi tak adalah trademark saya.

” Buat apa tukar? Dia yakin saya boleh berjaya dengan konsep ini. Jadi saya pegang kata-kata dia.

” Buktinya sekarang, tak kisah, daripada budak kecil sampai orang tua, ramai yang suka dengar lagu-lagu saya. Mereka pun ada yang ikutinya di Tiktok.

” Setengah radio pun ada yang kononnya tak nak main lagu saya sebab meleweh sangat, tapi terpaksa mainkan juga sebab di Tiktok popular.

Rasanya, Eddie sendiri pun sudah terbiasa dih4ntam dan diperIekehkan. Bagaimana Eddie cuba berdepan dengan perkara sebegitu?

” Daripada saya masuk industri dan lagu dimainkan di radio, saya dikatakan menganggu perjalanan lagu-lagu di Malaysia. Lagu jiwang katanya.

” Sebenarnya, orang kita ini ego. Dia ada saja dengar lagu-lagu jiwang, pasang dan dengar. Tapi tak mengaku.Tengok cerita pun jiwang-jiwang, tapi masih nak men4fikan.

” Orang kita ini satu benda saja saja saya nak tanya, kenapa boleh menangis bila tonton cerita Hindustan? Fahamkah? Itu sebab mereka suka dengan lagu dan muzik mereka, sampai keluar air mata men4ngis.

” Orang kita ini suka dibuai, didodoi macam anak. Macam lagu Allahyrham Tan Sri P Ramlee, Anakku Sazali.

” Sebab itulah saya suka lagu malar segar, sampai bila-bila orang boleh dengar. Bukan jenis lagu macam sekarang ini yang dua tiga bulan buat, lepas itu orang dah lupa.

Kalau dikatakan sekarang ini Eddie Hamid antara komposer yang dah kaya raya kutip hasil dan untung buat lagu, apa komen Eddie?

” Daripada tahun 1996, saya buat lagu dan ada Perlindungan Hak Cipta Karyawan Malaysia (MACP), Alhamdulillah.

” Ada yang kata saya ini jutawan. Saya Aminkan saja. Saya buat lagu pun rileks saja. Tak main hent4m saja, masih jaga kualiti.

” Sebelum buat sesebuah lagu, saya mesti teliti dan kaji dulu artis itu dan suaranya. Kalau lagu itu tak kena dengan dia, memang saya akan suruh dia cari orang lain saja.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:utusan   via M. J

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment