Mohon ampun dan maaf pada semua. Eira Syazira luah rasa syukur diberikan peluang jalani ibadah umrah bersama suami.

Pasangan selebriti, Azad Jasmin dan Eira Syazira telah berangkat ke Tanah Suci di Arab Saudi bagi menjalani ibadah umrah. Sebelum berlepas, Eira sempat meluahkan rasa syukur untuk peluang tersebut dan memohon maaf kepada orang ramai atas segala kesalahan yang dilakukan.

“Alhamdulillah, umrah pertama kami suami isteri, Insya-Allah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kami.”

Dengan ini, kami dengan rasa teramatlah rendah diri memohon ampun dan maaf atas setiap khilaf yang sengaja mahupun tak sengaja yang pernah kami lakukan kepada kalian yang mengenali diri kami.” katanya.

“Doakan kami ya, we love you all so much,” coretnya di Instagram.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Eira mendoakan agar urusannya bersama Azad dipermudahkan, selain memperoleh umrah yang diberkati Allah SWT. Hasil tinjauan Gempak di Instagram Story milik Eyra, pasangan berkenaan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah kami selamat mendarat, sekarang di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah, jam sekarang menununjukkan pukul 4.30 pagi dekat sini,” kata Eira dalam sebuah video bersama suaminya.

Azad dan Eira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose. Sumber: Astro Gempak

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Terkejut Dapat Bil Makan Mahal. Pak Azad Terus Buat Pengsan Depan Pelayan Buat Warganet Terhibur.

Petaling Jaya – Nampaknya sejak pembukaan sempadan negeri yang menyumbang kepada kerancakan semula industri pelancongan, pelbagai berita berkaitan kenaikan harga makanan menjadi perhatian ramai.Tidak dinafikan kenaikan harga bahan mentah sejak kebelakangan ini turut mempengaruhi. Bagaimanapun harga yang ditawarkan agak tinggi dan tidak masuk akal.

Pak Azad Terkejut Tengok Bil

Sebut sahaja nama Azad Jasmin, pasti ramai yang sudah mengetahui perangai lucunya. Video disediakan di akhir artikel.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Syazwan Shuhaimi di TikTok memaparkan Pak Azad yang menerima bil selepas selesai makan namun jumlahnya itu membuatkan dia terkejut.

Warganet yang meninggalkan komen-komen juga tidak ketinggalan turut berseloroh dengan bermacam-macam reaksi lucu terhadapnya yang mana gelagat terkejut Pak Azad itu menghiburkan apatah lagi dia jarang tidak membuatkan peminatnya ketawa.

Reaksi Orang Ramai

Saya dh tengok berulang hahahaha baru baca komen eh eh ramai juga tgk berulang biar pak ezad penat p.engsan, waiter tu terkejut.

Azad dgn wife kalau tak kelakor tak sah. Ko memang lahir2 dah kelakau ke m.usibat.. hahahaha.. 3 kali aku ulang h.njing.

Video:

Mcam mcm hal la pakazad nie…waiter pon terkejut.

Sapa tgok bnyk Kali sbb nk tgok hrga brpa..hahhaha. Mana mau cukup tu gaji sebulan hahahaaha.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Kredit : HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment