“Perancangan Anak Itu Ada..Doakan Baik-Baik Untuk Kami”- Elisya Sandha Berehat Kerana Masalah Kesihatan

Pelakon dan juga adik kepada aktres popular, Elisya Sandha memilih untuk berehat selama sebulan dek kerana sebelum ini terlalu sibuk sehinggakan mengalami masalah kesihatan. Tempoh rehat yang diambil ini juga, peluang digunakan untuk memberi fokus kepada rumah tangga yang baru dibina.

Nama sebenar Nur Elisya Hassan, 21, berkata dia bukanlah berehat kerana sudah berbadan dua, namun berehat kerana untuk mengembalikan tenaga dan melakukan persediaan sebelum melangkah ke tahun baharu.

“Sekarang ini saya masih berehat kerana kurang sihat, jadi saya mengambil tempoh berehat selama satu bulan untuk fokus dengan keluarga saya jdan juga keluarga saya.

“Tapi bukanlah disebabkan berbadan dua, saya rasa seperti saya penat kerana terlalu banyak bekerja, jadi saya cepat letih. Keluarga juga mengatakan biar saya berehat di rumah sahaja.

“Perancangan anak itu ada..doakan baik-baik untuk kami,” ujarnya kepada kepada sebuah portal.

Pada 21 Ogos lalu, Elisya berkahwin dengan pengurus produksi iaitu anak kepada penerbit Shiela Rusly, Uzair Haqimy, 25, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Pasangan ini juga baru sahaja mengadakan majlis resepsi sebelah perempuan di Perlis pada 19 Disember lalu. Dalam pada itu, Elisya dikatakan bakal sibuk pada tahun hadapan dengan pengambaran drama dan juga bercadang untuk menyambung pengajian dalam bidang seni.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Leave a Comment