“Bukan saya sengaja .. ” – Elly Mazlein Hadkan Dedah Anak Dalam Media Sosial

Tetap berpada-pada mendedahkan wajah kedua-dua permata hati dalam media sosial, Elly Mazlein mengakui lebih selesa mempraktikkan cara sebegitu bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Kata penyanyi dan pengacara itu, sejak kelahiran cahaya mata pertama enam tahun lalu, dia sengaja enggan terlampau menonjolkan wajah mereka kepada umum.

“Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam mendidik mahu pun membesarkan anak mereka bersandarkan kesesuaian serta keselesaan masing-masing.

“Bukan saya sengaja menyorokkan anak-anak, sebaliknya tak mahu terlalu menayangkan mereka kepada umum terutama menerusi media sosial.

“Dalam situasi kerjaya saya memang mereka juga tidak terlepas daripada perhatian ramai, cuma sebagai ibu saya memilih untuk bersederhana apabila membabitkan anak tambahan pula mereka masih kecil.

“Sesekali ada juga saya kongsi aktiviti bersama mereka di rumah atau momen istimewa. Sudah besar nanti mereka boleh buka akaun Instagram sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu mempunyai sepasang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 6, serta Haider Mateen, yang baru berumur tiga bulan.

Mengakui kehidupan keluarga bertambah seri dengan kehadiran si kecil, mereka semakin menikmati setiap detik penuh makna bersama insan tersayang.

Malah, Elly turut mendedahkan kini lebih selektif memilih tawaran disebabkan mahu menumpukan lebih perhatian kepada anak-anak terutama Haider.

Tambah penyanyi Janji Kekasih itu, saringan untuk setiap undangan kerja hanya bersifat sementara sehingga si kecil yang dilahirkan Oktober tahun lalu itu semakin membesar kelak.

“Alhamdulillah, rezeki datang mencurah-curah tetapi saya tak boleh pentingkan diri. Selepas lama cuti berpantang dan sebelum itu memperlahankan aktiviti ketika sarat h4mil, kini masa untuk kembali bekerja.

“Cuma tidaklah saya kaut semua, sebab perlu aturkan jadual sebaik-baiknya supaya lebih banyak masa dengan anak. Dengan keadaan anak yang masih kecil, saya agak selektif tetapi tidaklah terlalu memilih.

“Saya bertuah sebab tugas suami yang fleksibel membolehkan dia membantu menjaga anak-anak ketika saya keluar bekerja. Ayah juga banyak menolong kami,” kongsinya.

Bintang Kampung People itu mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh, 32, yang juga seorang guru pada 18 Januari 2020.

Sebelum itu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada November 2014 sebelum berp1sah setahun kemudian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment