“Satu Kehilangan Untuk Orang Awam”- Netizen Luah Rasa Kec3wa Setelah Nik Ezanee Dilantik Juruiring PM

Pegawai kanan polis, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang sebelum ini tul4r kerana sikap mesra dan prihatinnya kepada masyarakat dilantik sebagai pegawai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan pelantikan Nik Ezanee.

“Ya benar, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dilantik sebagai Pegawai Khas bermula hari ini (Rabu),” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, kekosongan jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor bakal diisi dalam masa terdekat.

Terdahulu, Nik Ezanee menyandang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor berkuat kuasa 12 April lalu, dan sebelum ini pernah memegang jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.

Nama Nik Ezanee menjadi sorotan ramai apabila tampil membantu seorang wanita yang terdes4k mencvri plaster kebab demam untuk merawat anaknya.

Malah, beliau tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu.

Tidak terhenti setakat itu, Nik Ezanee bersama polis Petaling Jaya menyampaikan bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan lain demi membantu wanita berkenaan yang hidup sukar sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, Nik Ezanee juga beberapa kali tul4r di media sosial dengan menyumbang kotak barangan bantuan untuk diberikan kepada pihak kesempitan dan foto-foto bantuan tersebut ditul4rkan oleh wargamaya.

Di media sosial, berita pertukaran tersebut mengvndang reaksi bercampur-baur wargamaya yang rata-ratanya berasa pel1k dan kec3wa dengan perpindahan beliau.

Menurut mereka, seorang pegawai polis yang berintegriti seperti beliau selayaknya diberikan tanggungjawab yang lebih besar.

“Allahu … kepakaran sebegini sepatutnya bukan untuk pengiring… semoga Allah selamatkan Malaysia,” komen seorang wargamaya.

“This is not right @IsmailSabri60 . A man like him should serve the people not by being your protocol officer. Put him back to where he is belongs,” tulis seorang wargamaya.

“No!!!! Kenapa pegawai polis yang baik dan berkredibiliti ditugaskan seperti bodyguard!? Dia sepatutnya menjaga PDRM dan melatih lebih ramai pegawai bawahan berintegriti,” luah seorang wargamaya.

“Rugi. Bazir. Tuan Ezanee lebih bagus berada di lapangan, bukan di samping PM,” kata seorang wargamaya.

“Loh! Kesiannya. Satu pegawai tinggi polis yang terbaik banteras jen4yah jadi juruiring je? Satu kehilangan untuk awam,” komen seorang wargamaya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment