Cara Faizal Tahir “Tegur” Anak-Anak Tarik Perhatian Netizen

Cara Faizal Tahih Menyantun Anak tarik perhatian Netlzen

Penyanyi Faizal Tahir mencvri perhatian wargamaya apabila berkongsi aktiviti hariannya menghantar anak-anak ke sekolah.

Menerusi platform TlkTok, Faizal yang menghantar empat orang anaknya yang lengkap memakai uniform sekolah turut berkongsi gelagat mereka masing-masing.

Dalam perkongsian berdurasi kurang dua minit itu juga menunjukkan Faizal bergegas kerana telah terlewat menghantar anak-anaknya.

“Sorang hidung berd4rah, sorang hilang kopiah, yang lagi dua orang bergadvh tk sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah.

“Alhamdulillah, semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InsyaAllah. Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat, saIahkan abah,” ujar Faizal di ruangan kapsyen.

Di dalam perjalanan ke sekolah, pelantun lagu Sampai Syurga itu turut dilihat menegur kelakuan anak-anaknya dan menasihati mereka.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap cara Faizal mendidik anak-anaknya.

Ramai yang suka Faizal menegur kelakuan anak-anaknya dengan cara ‘tegas tetapi lembut’ serta penggunaan bahasa Inggeris yang ‘sedap didengar’.
“@duchess Weh kat sekolah cikgu tanya kamu anak siapa? pastu diorang jawab, bapak saya faizal tahir, cikgu. PERGHHHH.”

“@hamba abdi Macam tengok mat saleh hantar anak pergi sekolah.”

“@shazashifaa: Alahai boleh nangis dengar orang cakap lembut gini. Didikan bagus yang dia dapat, macam tu lah dia didik anak-anak dia.”

 

“@Mazenah06: Sedap dengar Faizal baca doa dengan cakap orang putih. Anak ramai banyaklah ragam. Bertabahlah yer.”

“@nurul syuhada Bapak buka pintu untuk anak its another level.”

“@IbuIzzharMalique: 10 kali ulang.. Bebelan paling sopan je dengar.. Kalo kena bebel mcm ni, seribu kali pun takpe.. Tak terasa hati.. Selalu kena bebel pedlh di hati.”

“@endesty: Alahai lembutnya bapaknya communicate dengan anak.. dia punya slang BI…masyaallah…teruja maksssssssl!”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan daripada warga TlkTok.

Sekadar info, Faizal Tahir dan isteri, Siti Raihanim Rohan mendirikan rumah tangga pada tahun 2001.

Pasangan tersebut dikurniakan tujuh orang anak iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, Ahmad Rifa’ei Zidane dan Khalid Al-Walid, Siti Raudhah Nur Iman, Siti Rawdha Nur Jannah, Siti Nawar Malaikha dan seorang bayi yang baru dilahirkan pada Disember 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Gempak   via isu viral

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment