Gambar majlis pernikahan antara Zizan Nin, 35, dan Farahdhiya Mohd Amin, 24, telah tersebar. Tapi sah-sahlah ramai yang dah tahu, ini adalah antara babak penting dalam Drama Milikmu yang sedang disiarkan di TV3. Gi.mik yang sangat klise. Apa pendapat korang tentang drama Milikmu?
Sebelum Ramadan menyingkap tirainya, ramai pasangan selebriti memilih untuk mengakhiri episod cinta mereka dengan ikatan perkahwinan yang sah dan suci. Antara pasangan yang memilih untuk diijabkabulkan sebelum bulan puasa lalu ialah Maya Karin, Zain Ruffedge, Deja Moss, Fifi dan Natasha Aimee.

Zizan sebelum ini pernah membuat pengakuan hatinya sudah dimiliki seorang gadis dalam lingkungan 20-an dan kebetulan Faradhiya juga dalam lingkungan umur itu. Bagaimanapun kata Zizan, gadis pilihannya hanyalah orang biasa bukan kalangan orang seni.

Faradhiya pula setelah episod cintanya bersama penyanyi Hattan kecundang di tengah jalan, lebih selesa memilih orang biasa sebagai kekasih. Selain itu, biarpun berdarah kacukan Melayu-Inggeris, dia lebih senang memilih lelaki Melayu sebagai calon suaminya. Adakah pasangan ini memungkiri prinsip yang dibuat mereka sendiri?

Sebenarnya Zizan dan Farahdhiya hanyalah melaksanakan watak mereka untuk drama bersiri Ku Milikmu yang kini sedang ligat ditayangkan di TV3 menerusi slot Lestary, setiap Selasa jam 9 malam.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report
Sumber :Berita Harian via slamber media
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri