Bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Fazley Yaakob mengakui telah menjemput pelakon veteran Norlia Ghani sebagai salah satu gimik pada persembahannya minggu lalu.
Lihat siaran ini di Instagram
Melantunkan lagu Yang Sedang-Sedang Saja (Iwan Shahman), Fazley menyifatkan kemunculan Norlia itu bersesuaian dengan isu yang cuba diangkatnya iaitu percintaan antara wanita berusia dan lelaki muda.
“Memang saya nak bawa mama (Norlia Ghani) dalam persembahan kali ini, walaupun lsunya sensltif tapi saya kena nyatakan di mana kita selalu melihat ramai ‘datuk-datuk’ bercinta dengan perempuan muda, tapi tak pernah ketengahkan percintaan lelaki muda dan perempuan tua.
“Jadi, saya cuba mengadaptasikan realiti itu pada penonton bahawa percintaan itu sebenarnya tidak mengira usia. Walaupun wanita itu lebih berusia daripada lelaki, cinta tetap cinta!
“Pada saya itu realiti yang harus diterima bukan untuk perli tapi menjentik pemikiran orang ramai bahawa semua orang layak bercinta, tak mengira usia! Yang penting ikhlas,” katanya kepada Gempak.
Tegas Fazley lagi, menerusi persembahan itu dia mahu orang ramai tidak memandang ser0ng kepada percintaan antara lelaki muda dan wanita berusia.
“Kita tak boleh pandang remeh orang yang bercinta dengan wanita tua, beberapa tahun ini saya perhatikan ramai lelaki bercinta dengan perempuan lebih berusia di Malaysia atau di luar negara.
“Tak salah bercinta walau berbeza usia. Apa yang saya cuba sampaikan jangan kita pandang ser0ng pada lelaki yang bercinta dengan wanita tua,” katanya.
Pada akhir persembahan itu, Fazley melontarkan dialog berbunyi “Baby will you marry me?” sambil menghulurkan sebentuk cincin dan disambut oleh Norlia “Of course I do”.
Persembahan Fazley menerusi lagu terbabit bagaimanapun mendapat markah sebanyak 58% meletakkannya berada di kedudukan dua terbawah sebelum Nico G.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report
Sumber:Gempak