5 Fesyen Selebriti Paling ‘Mega’ Sepanjang 2021

Setelah hampir dua tahun segala acara secara langsung tidak dibenarkan berikutan mematuhi pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan, tahun 2021 menyaksikan hampir segala sektor kembali beroperasi seperti biasa dalam norma baharu.

Tidak terkecuali industri seni yang kembali ‘hidup’ dengan kebenaran untuk mengadakan pelbagai acara dalam negara. Bagi lima selebriti ini, peluang tersebut digunakan sebaik-baiknya dengan menghad1ri dan terlibat dalam acara-acara yang telah mengundang mereka.

Seperti ‘melepaskan geram’ selepas hanya duduk di rumah, kelima-lima mereka tampil memukau dengan fesyen serta gaya yang ditatarias secara eksklusif sehingga tular di media sosial. Terima kasih kepada pereka-pereka fesyen tersohor tanah air!

5 Fesyen Selebriti Paling ‘Mega’ Sepanjang 2021

Sebagai penutup tahun 2021 yang tinggal kurang dari dua minggu, ini adalah 5 fesyen selebriti paling ‘mega’ berdasarkan penilaian kami.

Rozita Che Wan

Tidak pernah gagal! Hampir setiap tahun pelakon jelita, Rozita Che Wan menjadi sebvtan peminat dengan imej dan busana yang diperagakan cukup memukau. Berada dalam kelasnya tersend1ri, peminat sedia maklum bahawa ibu kepada tiga orang cahaya mata ini akan tampil eksklusif waima menghad1ri acara ringkas.

foto via @rozitachewan

Bagi tahun 2021, semestinya busana hasil sentuhan pereka fesyen Ezuwan Ismail paling menonton buat Rozita atau lebih dikenali ramai sebagai Che Ta. Mana tidaknya pelakon dan ahli perniagaan sensasi itu sanggup berfesyen dengan menutup mukanya dengan kain jaring atau ‘net’ yang ditinta dengan batu berlian berwarna perak sepanjang majlis Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021.

Difahamkan, Che Ta telah menyarung gaun moden rona hitam rekaan pereka berkenaan menggunakan fabrik jenis twill dijahit penuh dengan lebih 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead’ serta dianggarkan berharga RM50,000.

Aina Abdul

Bukan aneh tapi unik! Itulah fesyen yang sering digayakan oleh penyanyi Aina Abdul. Tampil dengan pelbagai kelainan, pelantun Sepi ini kononnya dikatakan sebagai mangsa fesyen. Namun, buat Aina dia begitu menghargai idea kreatif pereka fesyen tempatan dan berbangga menyarungkannya.

foto via @ainaabdul

Memilih busana-busana avant-garde dari Behati, yang paling menonjol semestinya penampilan Aina ketika berjalan di atas karpet merah Anugerah Berita Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke 34 baru-baru ini.

foto via @ainaabdul

Memakai busana serba hitam serta terdapat lilitan seakan bunga pada kepala kelihatan cukup unik. Difahamkan, busana rekaan Behati itu adalah simbolik kepada bunga mawar yang digunakan dalam single baharunya berjudul Aina Abdul.

Dato Sri Siti Nurhaliza

Membuat kemunculan semula selepas ‘hiatus’ melahirkan cahaya mata keduanya, Dato Sri Siti Nurhaliza tampil elegan dengan busana rekaan duo pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

foto via @ctdk

Digelar ‘Ratu’ dikalangan peminat, meskipun ada diantara busana tersebut digaya ringkas namun sudah cukup menaikkan aura penyanyi kesayangan ramai ini.

Antara penampilan Siti yang mencuri perhatian adalah ketika menghad1ri pelancaran kosmetik terbarunya, Simplysiti, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021 dan persembahan pembukaan Shopee 11.11 Big Show.

Hatta Dolmat

Sesuai dengan imej nya sebagai pereka fesyen terkenal, kami begitu menyukai koleksi ‘mesra alam’ yang ditampilkan oleh Hatta Dolmat baru-baru ini. Unik serta mempunyai motif batik pada busana-busana tersebut sekaligus menjadikannya sebagai sebuah ‘masterpiece’ tersend1ri.

foto via @hattadolmat_
foto via @hattadolmat_

Rekaan tersebut turut mendapat pujian ramai malah turut diiktiraf oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) serta Tourism Malaysia (TM).

Janna Nick 

Bintang paling popular Anugerah Berita Paling Popular Berita Harian 34 (ABPBH34), Janna Nick seakan meraikan kemenangan tersebut dengan penampilan yang cukup memukau hasill sentuhan pereka fesyen Wanpa.

foto via @jaydeesm

Sebuah busana yang cukup unik, pada awalnya Janna dilihat mengenakan topeng muka inspirasi dari s1ri Netflix,  ‘Squid Game’. Berwarna Perak yang turut disertakan labuhan sarat, rekaan tersebut sememangnya tepat menggambarkan seorang pemenang!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment