Persis Sekuntum Bunga, Fesyen Unik Aina Abdul Di ABPBH 34 Buat Ramai Terkesima – ‘Tak Panas & Berat Kepala Ke?’

Nama, Aina Abdul sekali lagi menjadi bahan bualan netizen gara-gara gaun hitam sendat dan gumpalan kain pada bahagian kepala yang digayakannya pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini.

Baju rekaan persis bunga

Rata-rata netizen memberi pujian buat Aina kerana berani menggayakan imej tersebut ketika menghadiri majlis ABPBH malam ini. Baju rekaan pereka tempatan tersebut menjadi tumpuan apabila bahagian kepala Aina dilihat persis sekuntum bunga. Tidak kurang juga ada yang melabel Aina sebagai Didie Alias 2.0 kerana gemar tampil dengan imej pelik dan unik tatkala menghadiri sesuatu acara besar.

Tak berat kepala?

Rata-rata netizen sempat berseloroh dan bertanya kepada Aina sama ada dirinya selesa atau tidak memakai busana berkenaan. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Aina bakal menggayakan beberapa busana pada malam ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:OHBULAN

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment