Wajah Seiras Tanda Jodoh, Peminat Mula Usik Fikry Ibrahim Dan Rita Nadira

PERKONGSIAN pelakon Fikri Ibrahim mengenai drama terbaharunya berjudul Kerana Dia Suka, segelintir peminat mula mengusik dia dengan gandingannya iaitu Rita Nadira.

Enggan salah faham berlaku, Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 28, memberitahu kemesraan dia dan Rita menjadi bukti keserasian mereka dalam membawakan watak masing-masing.

Dia juga menyifatkan Rita sebagai seorang pelakon baharu yang sangat bijak dan mempunyai potensi besar untuk terus berkembang dalam industri seni.

“Mungkin sebab wajah kami hampir seiras orang katakan ada jodoh antara saya dan Rita.

“Semua itu adalah keserasian kami sahaja untuk drama terbaharu. Saya dan Rita hanya berkawan rapat.

Fikry masih belum fikir soal berumah tangga

“Rita seorang bakat baharu yang sangat bijak dan memudahkan saya untuk bekerjasama di lokasi. Dia berpotensi untuk terus berkembang,” katanya kepada mStar.

Fikry menjawab persoalan tersebut pada sidang media Kerana Dia Suka secara atas talian yang berlangsung pada Rabu.

Dalam masa sama, Fikry berkata, dia belum memikirkan soal jodoh kerana melihat perjalanan kerjaya masih jauh untuk diuruskan.

Namun jika ada orang asyik bercakap soal jodoh bagus juga. Mungkin itu petanda ia semakin dekat

FIKRY IBRAHIM

PELAKON

“Belum fikir soal kahwin lagi buat masa sekarang.

“Perjalanan saya masih jauh lagi. Saya mahu beri tumpuan kepada kerjaya dahulu.

“Namun jika ada orang asyik bercakap soal jodoh bagus juga. Mungkin itu petanda ia semakin dekat,” jelasnya.

Gandingan Fikry dan Rita dalam drama berjudul Kerana Dia Suka

Drama lakonan Fikry dan Rita itu bakal ditayang di slot Lestari TV3 bermula 9 Mac ini pada pukul 9 malam.

Menarik tentang drama 20 episod ini ia mengetengahkan budaya dan makanan istimewa negeri Perlis yang menjadi lokasi penggambaran.

Selain Fikry dan Rita, drama ini turut menampilkan pelakon lain seperti Rozita Che Wan, Nasha Aziz, Aidit Noh dan Risyka Akira.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment