SESUNGGUHNYA jodoh itu rahsia Allah.
Setiap pertemuan dan perplsahan, semua itu adalah ketentuan tuhan.
Begitu juga dengan pasangan ini yang mana percintaan pernah putvs di tengah jalan tetapi akhirnya ke jenjang pelamin.
Berkongsi pengalaman, pengantin perempuan, Nurul Maizatul Nisha Noor Azman berkata, tahun baharu 2022 diraikan dengan pernikahan mereka di Muar, Johor pada 2 Januari lalu.
Perkenalannya bersama suami, Muhammad Shamsul Fahmy Rosdi, 26, bermula sejak tingkatan tiga menerusi aplikasi sembang WeChat pada 2016.
“Selepas itu kami tak contact. Kami contact semula pada 2018 dan couple tapi hubungan kami tak panjang bila putvs awal 2019.
“Kami kemudian tak berhubung sehingga pertengahan 2020, sampai dia dapat tahu saya dah bertunang dengan orang lain. Kasihan, dia kecew4,” katanya yang berusia 21 tahun kepada mStar.
Lihat siaran ini di Instagram
Bertunang pada awal Disember 2021.
Lebih mesra disapa Nisha, katanya, ikatan pertunangannya bagaimanapun tidak berpanjangan apabila putvs pada akhir 2020.
“Dia (bek4s kekasih) kemudian hubungi saya semula selepas saya putvs tunang. Dia terus serius cakap nak halalkan saya.
“Pada mulanya saya tak yakin sebab masih tr4uma putvs tunang sebab bek4s tunang dulu seorang yang panas bar4n,” ujarnya yang berasal dari Muar, Johor.
Bernikah pada awal Januari 2022.
Menganggap kisah putvs cinta sebagai ‘sejarah’, namun kerani itu mengakui suaminya seorang lelaki yang pendiam, penyabar dan setia.
“Dalam masa saya kenal dengan lelaki lain, dia tetap setia tunggu saya. Suami seorang yang tenang dan susah nak ada pasangan lain, tapi saya je yang tak nampak pengorbanan dia.
Kami dah banyak kali l0st contact dan putvs cinta. Tapi syukur Alhamdulillah, kami disatukan sebagai suami isteri
NURUL MAIZATUL NISHA NOOR AZMAN
“Kami bertunang awal bulan Disember 2021 dan awal tahun ini kami bernikah,” katanya sambil menambah suaminya merupakan seorang pemandu lori.
Bergelar isteri kepada ‘bek4s kekasih’, Nisha yang turut mengusahakan bisnes secara kecil-kecilan tidak menyangka dengan jodoh yang telah ditakdirkan buat dirinya.
Pasangan ini kini menempuh alam rumah tangga.
“Macam tak percaya dia adalah jodoh saya sebab tak berapa yakin dengan dia dulu. Sebab dia pernah kata kalau tak kahwin dengan saya, dia tak akan kahwin sampai bila-bila.
“Apatah lagi sepanjang perkenalan, kami dah banyak kali l0st contact dan putvs cinta. Tapi syukur Alhamdulillah, kami disatukan sebagai suami isteri,” katanya.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report
Sumber : mStar
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri