“Jangan Buang Masa Dengan Lelaki Yang Bod*h Dan Tak Guna..”- Liyana Jasmay

Terkesan melihat banyak perkongsian video memaparkan kek4saran yang berlaku melibatkan pasangan sejak akhir-akhir ini membuatkan pelakon Liyana Jasmay tampil bersuara.

Pelakon berusia 34 tahun itu bertindak mempersoalkan sikap segelintir kaum lelaki yang bergelar suami tetapi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.

Dia berkata demikian merujuk kepada perkongsian sebuah video tular memaparkan perg4duhan yang berlaku antara sepasang suami isteri dan seorang anak mereka di tepi jalan baru-baru ini.

Dalam video tersebut, lelaki itu meng4sari isterinya serta cuba membawa lari anak perempuan mereka, namun dihalang oleh dua orang lelaki yang berada di tempat kejadian.

“Nampak banyak sangat video pasal lelaki buat perempuan. Ada lelaki pvkul bini tepi jalan dengan anak. Kenapa nak jadi suami kalau perangai macam itu?

“Suka ke pvkul anak orang? Kepada lelaki yang buat macam itu di luar sana, sila jangan kahwin atau ada kekasih mahupun ada hati nak ‘try’ gadis,” luahnya.

Barangkali lelah melihat kejadian sama sering kali berlaku dalam masyarakat apatah lagi yang menjadi m4ngsa adalah kaum wanita, Liyana tampil memberi nasihat.

Katanya, kepada sesiapa wanita yang berdepan kejadian sama tidak kira daripada suami sendiri, tunang mahupun kekasih, segeralah membuat laporan polis.

“Tolonglah buat laporan polis atau tinggalkan saja. Jangan buang masa dengan lelaki bod0h tak guna seperti itu,” katanya.

Sejak minggu lalu, beberapa kejadian suami memvkul isteri di khalayak ramai mencvri perhatian netizen yang mengec4m tindakan tidak bermoral tersebut.

Antaranya, sebuah video seorang lelaki yang memvkul isterinya di hadapan ramai ketika berada di sebuah restoran, namun kejadian tersebut dipercayai berlaku beberapa tahun lalu dan kembali tular dalam internet.

Biodata Liyana Jasmay Pelakon Wanita Malaysia

NAMA PENUH: Liyana Jasmay

TARIKH LAHIR: 28 Mac 1988

ASAL: Kuantan, Pahang

KELUARGA: Bongsu daripada empat beradik

PENDIDIKAN: Diploma Seni Persembahan & Media di Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor (sambung belajar Mac 2010)

FILEM: Castello, Syaltan, M4ut, Histeria, Kami The Movie, Papadom, Pis4u Cukur, Duhai Si Pari Pari (tayang 31 Disember 2009), Niang Rapik The Movie (Februari 2010) dan Papadom 2 (penggambaran bermula 2010)

DRAMA: Laila Sari, Zeti & Mawas, Ponti Anak Remaja, Niang Rapik The Series, Najwa dan Sari Maya

ALBUM (EP): Liyana Jasmay (berada di pasaran 18 November lalu)

LAGU: Aku Tak Percaya Cinta, Aku Jatuh Cinta, Penyelamat Cinta (duet bersama Aizat), Pelik dan Kej4m
DUTA: Maybelline

PENCAPAIAN: Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah menerusi Papadom dan Pelakon Wanita Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2009 (ASK2009) menerusi Kami The Movie.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment