“M4lu Sangat Rasa Bila Masjid Ni Ada Letak Nama & Ayat Selalu Saya Guna” – Hafiz Mahamad Tersentuh

Usahawan popular, Hafiz Mahamad mengakui terkejut selepas mendapat tahu Masjid Ismail Petra Banggol Kota Bharu, Kelantan mengabadikan nama serta ayat yang selalu digunakannya, ‘Kejayaan Demi Kebahagian’ pada pintu masuk utama.

Menurut Hafiz, tiada apa yang diinginkannya selain doa orang kampung yang banyak membaik pulih masjid berkenaan.

“M4lu sangat rasa, bila masjid ni ada letak nama dan ayat selalu saya guna ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’.

Tak ada apa saya nak, selain doa-doa orang kampung saya. “Sumbangan saya kecil berbanding orang kampung dekat sini.

Syukur, saya dpt tgk Masjid Banggol Kota Bharu, Kelantan ni. “Selesa orang kampung sini solat dan join program masjid.

Saya ada suggest untuk mereka aktif ceramah dekat online platform, barang untuk live nanti saya akan sponsor. Insya-Allah besar dakwah mereka nanti,” katanya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Hafiz menambah, dia niatkan bantuannya untuk semua dan juga arw4h sahabatnya. “Saya niatkan untuk semua dan arw4h sahabat saya.

Hidup bukan untuk kaya tapi, untuk sama sama rasa ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan respons positif terhadap perkongsian Hafiz itu.

“Walaupun bukan orang area Pantai Cinta Bulan atau berdekatan dekat sana, tapi jauh di sudut hati ini ingin menjejakkan kaki ini ke masjid ini.

Komen Netizen:

Semoga masjid ini dapat memberikan 1,001 makna yang bermanfaat kepada orang ramai. Kejayaan Demi Kebahagiaan,” ujar seorang netizen.

“Cantiknya masjid ni, Hafiz bagus orangnya. Saya doakan Hafiz berjaya dunia akhirat, tolong ramai lagi orang. Insya-Allah balasan Allah akan bagi untuk Hafiz sekeluarga,” respons seorang lagi pengikutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment